Terkini dan Sensasi

Khamis, 21 Mei 2015

Hantu ulam

Assalamualaikum...(^ ^)

Tajuk tak menahan, siap hantu tu!

Nak menggambarkan yang Mas memang suka sangat makan ulam.. Kalau makan nasi mesti nak ada 2-3 jenis ulam. Apa jenis ulam pun, baik yang tradisional atau moden.

Apa beza ulam tradisional dan moden
Ulam tradisional dari pokok² kayu seperti ulam raja, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, daun tenggek burung, pegaga, petai, jering dan pelbagai lagi. Ulam tradisional biasanya senang dapat di sekitar kampung. Macam arwah mak dulu, suka tanam ulam-ulaman. Nak makan petik je kat kebun.


Ulam moden biasanya dari sayuran seperti bendi, kangkung, timun, petola, peria katak, kacang panjang, tomato dan kobis. Ulam² ni boleh dimakan begitu saja atau dicelur sekejap dengan air panas. Pastu makan pulak dengan sambal belacan atau budu, perghhh kecur air liur!

Khasiat ulam-ulaman
Banyak sangat! Rugi tau siapa yang tak suka makan ulam. Kalau nak diet makanlah banyak ulam. Pastu nak awet muda dan muka sentiasa nampak muda, makan jugaklah banyak ulam. 

Bukan tipu, memang betul. Cuba tengok nenek moyang kita, badan sihat dan muka tak dimakan usia pun sebab amalkan makan ulam.

3 ulasan:

  1. patut kak mas nampak lagi muda.. uhuhuh

    BalasPadam
  2. sedapnya makan dengan sambal belacan..ulam tradisional sangat sedap!

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...mmg betul tu amalkan selalu mkn ulam ni petua awet muda tu...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com