Terkini dan Sensasi

Selasa, 19 Mei 2015

Ibu yang kejam!!

Assalamualaikum...(^ ^)

Itu je Mas nak katakan pada ibu yang bunuh dan kerat 15 anaknya yang baru dilahirkan. 


Kenapalah bertindak sedemikian? Anak tu tak berdosa, dia yang berdosa besar. Jika anak tu dilahirkan dari hubungan terlarang tapi jangan sampai buat camtu. Memang hati dah dirasuk syaitan!

Inilah yang paling kita takut sekarang kan? Gejala sosial serta buang dan bunuh bayi makin menjadi². Kadang tu yang lakukan adalah remaja sekolah yang masih muda, tanpa segan silu buat maksiat kemudian termengandung. Pastu takut mak ayah dan masyarakat tau, bila anak lahir bunuh dan buang. Sedihlah dengan keadaan ni!

Jadi sebagai ibu bapa kita kena pantau aktiviti anak dan berikan perhatian lebih pada mereka. Jangan asyik sibuk dengan urusan kerja, anak² terabai. Bila dah bosan mereka akan cari hiburan di luar dan terlibat dengan gejala sosial. Dah jadi perkara sebegini menangis airmata darah pun dah tak guna. Anak kita dah buat kesalahan yang besar dosanya. Ya Allah mintak dijauhkan!

Pekalah ibu bapa, beri perhatian 100% dan 24 jam setiap hari. Bukan mengongkong tapi kita sayang!

4 ulasan:

  1. Sedih rasa..xdpt bayang nk kerat bayi smpai 15.. uwaaaaa

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...memang geram pd manusia yg kejam mcm ni...ntah apa nak jadi skg ni kn...mcm2 hal n perkara berlaku...

    BalasPadam
  3. sangat kejam..mental betul manusia macam ni..ibu pulak tu kan.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com