Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 13 Mei 2015

Penghargaan buat Setiausaha

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila ada majlis penghargaan begini Mas sangat suka. Bukannya apa, kadang persepsi orang terhadap Setiausaha atau PA selalu negatif. Ada sesetengah beranggapan kerja PA senang, jaga jadual bos je. Pastu selalu takde bila bos takde dan macam² lagi. 

Jangan tahu bercakap je! PA bukan sahaja jaga jadual bos tapi segala urusan bos baik urusan kerja atau peribadi dia kena jaga. Bila bos takde masa tulah dia nak merasa rehat sedikit dan selesaikan urusan kerja² yang tertunggak dan buat filing. 


Semalam buat julung kalinya diadakan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha KKM bersama Setiausaha. Sepanjang 12 tahun Mas berkhidmat di Kementerian Kesihatan inilah pertama kali majlis sebegini diadakan bagi menghargai jasa seorang PA yang berkhidmat hampir 24 jam untuk bosnya. Jadi memang sangat seronok dan terasa dihargai.

Majlis sebegini memang patut diadakan supaya PA boleh rapat dengan bos dan rehatkan minda dari bebanan tugas di pejabat. Memang PA sentiasa dengan bos tapi bila di pejabat masing² sibuk jadi takde masa nak berbual. Dalam majlis beginilah mereka dapat peluang berbual dan hi-tea bersama.

Gambar sekitar majlis.








5 ulasan:

  1. cantik nye kak mas :)
    suke tgk dress tu. iena suke pakai dress mcm tu :)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...cantik setiausaha kat sini...:)

    BalasPadam
  3. Baguslah ada penghargaan macam ni sekurang kurangnya kita rasa dihargai..berseri² akak :)

    BalasPadam
  4. lawanya setiausaha...barulah semangat bos masuk keja...ehh? hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com