Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 14 Mei 2015

Projek Iqra' : Kempen Taja Shopping Raya 2015

Assalamualaikum...(^ ^)

Tidak lama lagi kita akan berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Yang pastinya setiap kali Hari Raya menjelang kita tentu akan sibuk membeli pakaian baru untuk bergaya di hari lebaran. Tapi pernahkah kita terfikir ada insan yang tidak mampu memiliki semua itu. Ada insan yang hanya mampu pakai baju yang lusuh dan sudah lama tidak bertukar. Ada yang hanya mampu melihat orang lain bersukaria. 

Sebagai masyarakat prihatin pastinya kita tidak mahu melihat ada insan tidak bergembira di Hari Raya. Jadi marilah kita sama² menyertai Kempen Taja Shopping Raya 2015 yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia. 


Kempen ini bertujuan mengumpul tajaan kepada 600 orang penerima manfaat yang terdiri daripada anak² yatim Asnaf, anak² Asnaf dan ibu tunggal. 

Lokasi yang terlibat
Antaranya ialah Rumah Kebajikan dan Komuniti di sekitar Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bahru.

Nilai tajaan
RM200 untuk setiap penerima manfaat. Tetapi jumlah tajaan boleh dikongsi bagi membolehkan lebih ramai penerima manfaat ditaja. Walau bagaimanapun berapa jumlah tajaan yang diberikan pihak Projek Iqra' menerima dengan berlapang dada. Berikut adalah formula berkongsi tajaan:
RM200 × 10 penaja × RM20
RM200 × 5 penaja × RM40
RM200 × 2 penaja × RM100

Tajaan boleh disalurkan ke:
MAYBANK: 5648 1050 4003
Email: info@projekiqra.com

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Encik Suhaimi : 016-2065597
Encik Salleh : 017-7602033
Puan Sharifah : 017-2748904

Facebook: PROJEK IQRA'

Moga bantuan dan sumbangan kita dapat memberi sinar kebahagiaan dan senyuman kepada mereka yang lebih memerlukan.

3 ulasan:

  1. terima kasih diatas sokongan yang diberikan :)

    BalasPadam
  2. semoga murah rezeki mereka dan ramai yang menaja..aminnn

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...menarik ada xtvt mcm ni...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com