Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 6 Mei 2015

Review filem Avengers : Age Of Ultron

Assalamualaikum...(^ ^)

Dapat jugak bawa anak² menonton filem terbaru Avengers : Age Of Ultron. Seronok sangatlah dapat tengok filem yang mereka nantikan.


Sinopsis filem
Setelah kehancuran SHIELD, Tony Stark telah cuba mencipta satu program robot untuk perdamaian bernama ULTRON. Ia adalah sebuah robot yang mempunyai kebolehan tersendiri, tetapi ciptaan tersebut mempunyai masalah apabila ULTRON menganggap manusia adalah musuh utama mereka dan mahu memusnahkan manusia dari planet Bumi. Maka bermulalah episod The Avengers menentang Ultron dari meneruskan niat jahat itu.

Review Avengers : Age Of Ultron
Bagi Mas filem Avengers tahun ini tidaklah sehebat Avengers yang pertama. Pada permulaan plot cerita agak mendatar dan perlahan hingga membuatkan Mas agak bosan sedikit. Tapi nasib baik ada diselitkan unsur jenaka jadi takdelah Mas tertidur pada permulaan cerita.

Kemudian plot cerita semakin menarik dan rancak apabila babak aksi The Avengers berperang dengan Ultron. Sesaat pun mata tak berkelip melihat mereka beraksi menewaskan pihak lawan. Semua superhero beraksi hebat!

Babak yang paling menarik dan seronok ialah aksi Hulk berlawan dengan Hulkbuster, memang hebat dan ada jugak kelakarnya. Jadi kalau nak tahu kenalah menonton filem ini di pawagam.

8 bintang Mas bagi untuk Avengers : Age Of Ultron. Tidak mengecewakan dan harus ditonton bersama keluarga dan kawan².

8 ulasan:

  1. avengers yg pertama dulu sy ada tgk, yg nie tggu keluar kat astro best je sbb ada anak kecik kan, dibuatnya menjerit dalam panggung tu, naya..hihi

    BalasPadam
  2. tak sempat lagi nak tengok :(
    kalau tgk superhero lawan memang best.
    dialog2 diorang tu kadang2 memang lawak.
    boleh buat troll.

    BalasPadam
  3. dah tengok..memang best kan :)

    BalasPadam
  4. bagi kita, best giler. hehe

    BalasPadam
  5. ramai yang review avengers age of ultron kurang sikit..yang first jugak best ye. Fiza lom tengok lagi =__='

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...nampak mcm best jer ceritanya...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com