Assalamualaikum...(^ ^)
Satu lagi tempat cantik dan menarik untuk dijadikan tempat riadah bersama keluarga pada hujung minggu. Inilah Taman Fantasi di Putrajaya. Sebenarnya taman ini dibina sempena Floria Putrajaya 2015 yang akan diadakan bermula 30 Mei nanti. Tapi ia telah dibuka kepada orang awam untuk riadah dan lepak santai bersama keluarga.
Mas pergi pada hari Sabtu lepas. Kebetulan nak pergi Taman Beijing Putrajaya di Presint 4, sekali ternampak Taman Fantasi ni berhadapan je dengan Taman Beijing. Apa lagi terus ajak husband dan anak² bergambar kat situ, sangat cantik tamannya. Penuh dengan replika candy dan gula², comel dan manis je! Sesuailah bawak anak² sebab mereka pasti suka dengan kecomelan taman ni.
Kalau nak buat photoshoot perkahwinan ke, anniversary ke, family photoshoot ke atau apa² saja photoshoot memang sesuai sangat. Nampak kelainan dan keceriaan sikit kan? Harap pihak Floria Putrajaya dapat kekalkan taman ini bila Floria berakhir nanti. Barulah ada tempat cantik dan ceria untuk dikunjungi di Putrajaya ni.
Jom tengok gambar kami yang comel² di Taman Fantasi yang comel ni.
bestnya kat sini... tp anak2 lin blum fhm sangat lg.
BalasPadamcomelnya taman ni...tak pernah tahu pun ada..huhu
BalasPadamCantik Taman Fantasi ni..budak² mesti seronok datang sini
BalasPadammemang fantasi...penuh warna warni...gambar pun nampak hidup...cantik!
BalasPadamwahh thanks info.. nak pegi jugak!
BalasPadamcantik nyee tempat ni..dah boleh verangan alice in wonderland.. =)
BalasPadamassalamualaikum mas...cantik tempatnya...;)
BalasPadam