Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 7 Mei 2015

Taman Fantasi di Putrajaya

Assalamualaikum...(^ ^)


Satu lagi tempat cantik dan menarik untuk dijadikan tempat riadah bersama keluarga pada hujung minggu. Inilah Taman Fantasi di Putrajaya. Sebenarnya taman ini dibina sempena Floria Putrajaya 2015 yang akan diadakan bermula 30 Mei nanti. Tapi ia telah dibuka kepada orang awam untuk riadah dan lepak santai bersama keluarga.

Mas pergi pada hari Sabtu lepas. Kebetulan nak pergi Taman Beijing Putrajaya di Presint 4, sekali ternampak Taman Fantasi ni berhadapan je dengan Taman Beijing. Apa lagi terus ajak husband dan anak² bergambar kat situ, sangat cantik tamannya. Penuh dengan replika candy dan gula², comel dan manis je! Sesuailah bawak anak² sebab mereka pasti suka dengan kecomelan taman ni.






Kalau nak buat photoshoot perkahwinan ke, anniversary ke, family photoshoot ke atau apa² saja photoshoot memang sesuai sangat. Nampak kelainan dan keceriaan sikit kan? Harap pihak Floria Putrajaya dapat kekalkan taman ini bila Floria berakhir nanti. Barulah ada tempat cantik dan ceria untuk dikunjungi di Putrajaya ni.

Jom tengok gambar kami yang comel² di Taman Fantasi yang comel ni. 








7 ulasan:

  1. bestnya kat sini... tp anak2 lin blum fhm sangat lg.

    BalasPadam
  2. comelnya taman ni...tak pernah tahu pun ada..huhu

    BalasPadam
  3. Cantik Taman Fantasi ni..budak² mesti seronok datang sini

    BalasPadam
  4. memang fantasi...penuh warna warni...gambar pun nampak hidup...cantik!

    BalasPadam
  5. wahh thanks info.. nak pegi jugak!

    BalasPadam
  6. cantik nyee tempat ni..dah boleh verangan alice in wonderland.. =)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...cantik tempatnya...;)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com