Terkini dan Sensasi

Selasa, 2 Jun 2015

Bufet Ramadhan Hotel Dorsett Grand Subang

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekali lagi rezeki sebagai blogger!


Semalam berpeluang mencuba hidangan bufet Ramadhan yang disediakan oleh Hotel Dorsett Grand Subang. Ramadhan tahun ini mereka menyediakan 2 pilihan buffet iaitu:
'Iftar' @ Terazza : RM150 nett seorang
'Selera Bonda' at Melati : RM140 nett seorang

'IFTAR' @ Terazza Brasserie
Dengan tema "Couple with Terazza Brasserie's", iftar menyediakan sajian menu tempatan dan antarabangsa yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama dan desserts.



Salah satu hidangan yang disediakan ialah Sup Gear Box. Pertama kali menikmati sup ini Mas rasa sangat teruja. Supnya sedap dengan daging yang empuk dan rasa yang sempurna. 

Menu istimewa yang boleh dijadikan pilihan ialah Nasi Briyani Gam Ayam, Kambing Panggang, Sate Ayam dan Daging, Murtabak Ayam dan pelbagai lagi. Bagi yang gemarkan pelbagai desserts, iftar ini menyediakan pelbagai pilihan kuih muih tradisional, kek, Fruit Jellies dan Puding Roti.








'Selera Bonda' at Melati
Bufet ini pulak menyediakan pilihan masakan Melayu yang disediakan di 10 gerai. Sambil menikmati makanan yang enak tetamu akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh celebrity chef Jaafar Onn, Maya dan Haiza. 






Kedua pilihan bufet Ramadhan ini dibuka kepada tetamu dari 6.30 petang hingga ke 10.30 malam.

Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:
No. Telefon: 03-50316060 ext 1912
Emel: info.subang@dorsetthotels.com
Web: dorsetthotels.com/malaysia/subang

2 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...sedapnya tengok lauk2 kat ni...nyummmy...;)

    BalasPadam
  2. banyak betul menu dia..terbaik!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com