Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 11 Jun 2015

Bufet Ramadhan Restoran Istana Bambu

Assalamualaikum...(^ ^)

Apabila Ramadhan tiba memang banyak hotel atau restoran menawarkan bufet Ramadhan. Tidak ketinggalan jugak dengan Restoran Istana Bambu. Pertama kali Mas jejak kaki ke restoran ni terus tertarik hati dengan senibina dan landskap restoran, sangat cantik.


Restoran Istana Bambu
Menariknya restoran ini kerana berkonsepkan perkampungan buluh di tepi sawah padi dan suasana kampung. Dengan tema "Indahnya Ramadhan" ia menyajikan 70 jenis juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan.

RM52.45+ : Dewasa
RM26.75+ : Kanak-kanak (5-11 tahun)
Percuma : Kanak-kanak (4 tahun ke bawah)


Bufet Ramadhan ini bermula dari 19 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015 dan restoran ini boleh memuatkan 600 tetamu pada suatu masa. 

Bufet Ramadhan Restoran Istana Bambu
Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan masakan ala kampung tradisional serta masakan Cina, Thai dan Western. Antara juadah istimewa ialah Kambing Golek, Daging Salai Masak Lemak, Dry Butter Prawn, Salted Egg, kuih muih dan pelbagai juadah lagi. 









Sepanjang bulan Ramadhan ia dibuka dari jam 6 petang hingga 10 malam. Di restoran disediakan kemudahan surau yang selesa dan ruang parkir yang luas disekeliling restoran. 

Untuk pertanyaan dan tempahan hubungi:

Aida (Pengurus Restoran) : 012-2497142

Alamat:
Restoran Istana Bambu
Lot 841-842, MRR2 Jln Ampang Ulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
03-42514717/03-42524718/018-3749920

Facebook: Istana Bambu Restaurant

5 ulasan:

  1. Wah...menarik ni...thanks for the info..agak2 jalan kat area sini jammed x..nanti kena booking awal la kan masa bulan puasa

    BalasPadam
  2. pulut kuning mengancam betul

    BalasPadam
  3. Uniklah restaurant ni..bestnya kalau dapat datang sini.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...seronok dapat berbuka di sini kn...:)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...seronok dapat berbuka di sini kn...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com