Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 12 Jun 2015

Di ambang Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...(^ ^)

Salam Jumaat terakhir di bulan Syaaban. 

Lagi 6 hari kita akan menyambut bulan Ramadhan, seronoknya! Tak sabar nak jalankan ibadah puasa, bangun sahur dan terawih bersama keluarga. Alhamdulillah syukur dapat bertemu lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak.


Mas seperti biasa, akan cuba masak untuk suami dan anak² sepanjang Ramadhan nanti. Walaupun pukul 6.30 petang baru sampai rumah tapi kena cuba sedaya upaya untuk masak. Jimat sikit kalau masak sendiri, kalau nak membeli memang banyak sikit belanja. 

Bab anak² berpuasa Mas memang takde masalah, dah ajar dari awal. Macam Atikah memang dah wajib sebab dah akil baligh, Arfan pulak dari umur 7 tahun dia dah belajar puasa. Tahun ni dia dah cakap nak puasa penuh. Mas tak nak paksa, cuma bagi semangat kat dia. Moga dia boleh!

Haihhh seronok bila cerita pasal nak sambut Ramadhan ni. Jadi sebelum ianya tiba Mas nak mohon ampun maaf pada semua para pembaca dan kawan² andai ada salah silap dan terkasar bahasa. Moga ibadah puasa dan segala amal ibadat kita diberkati dan diterima olehNya. 


8 ulasan:

  1. Tak sabarnya nak sambut ramadhan..hehehe

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut ramadhan...moga thn nie sy pun berjaya latih anak utk puasa...:)

    BalasPadam
  3. tinggal beberapa hari jer lagi kan

    BalasPadam
  4. Salam Romadhan AlMubaarak

    BalasPadam
  5. Salam Ramadhan Mas...semoga kehadiran ramadhan memberi keberkatan dalam setiap amalan kita...

    BalasPadam
  6. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...salam ramadhan 2015...moga kita akan mendapat kerberkatannya...:)

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...salam ramadhan 2015...moga kita akan mendapat kerberkatannya...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com