Assalamualaikum...(^ ^)
Mas suka kongsi gambar menu berbuka puasa di Facebook dan Instagram. Bukan niat nak menunjuk pandai masak ke tapi sekadar berkongsi.
Semua tahu kan bila berpuasa kita selalu terfikir apa nak makan untuk berbuka nanti. Terutamanya kaum isteri yang nak masak untuk suami dan anak², pening nak fikir kadang tu.
Jadi dengan gambar menu yang Mas kongsi orang lain akan dapat idea apa nak masak. Mas masak bukan menu susah pun, menu ringkas je. Yang penting senang dan cepat dimasak serta menyelerakan dan perut pun kenyang.
Bagi Mas tak salah berkongsi, asalkan niat kita betul. Bagi yang rasa tak nak kongsi jadi tak perlulah. Tapi jangan nilai orang lain kerana kita tak pernah tahu apa niat di hati setiap manusia.
Yang penting jaga hati dan niat kita sendiri!
sedapnya
BalasPadamsetuju dengan kak mas.takat up gambar kat media sosial bukan bermakna nak menunjuk ke hapaa.. yoorin pon teruja jugak tengok menu kak mas. ada yg pertama kali tengok and jumpa.. resipi jgn lupa.. hehehe
BalasPadamSedap
BalasPadamassalamualaikum mas...alhamdullilah rezeki berbuka...:)
BalasPadamye betul tu..berkongsi untuk memberi idea :)
BalasPadam