Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 19 Jun 2015

Kurma Kukus

Assalamualaikum...(^ ^)

Resepi Kurma Kukus
Ini resepi turun temurun keluarga Mas. Bila puasa memang wajib arwah mak buat untuk juadah berbuka. Sekilo kurma memang habis mak buat sebab semua anak² berebut makan, kalau buat sikit memang tak cukup.

Nak buat Kurma Kukus ni senang je, petik jari pun boleh siap. Hehehee, nak gambarkan betapa senangnya nak buat. 


Bahan-bahan
Kurma timbang, contoh kurma Mariami
1 cawan santan
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung beras

Cara membuatnya semudah ABC
1. Kurma dibelah dua dan dibuang biji. Kemudian susun di dalam loyang.



2. Untuk kepala, bancuh 1 cawan santan dengan 3 sudu tepung gandum dan 3 sudu tepung beras. Kacau sebati supaya tepung tak berketul². Kalau bancuhan terlalu pekat tambahkan sedikit air dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.

3. Seterusnya kukus kurma selama 1 minit. Bila kurma dah lembut masukkan bancuhan tadi sama paras dengan kurma. Pastu kukus selama 10-15 minit sehingga kepala masak.



Tadaaa dah siap, mudah je kan? Bolehlah dimakan sebagai juadah berbuka. Kalau Mas 1 loyang boleh habis sorang, sedap! 

Selamat mencuba!


10 ulasan:

  1. Senang jer resepi nye... boleh try nanti... :)

    Guna santan kelapakan!

    BalasPadam
  2. Wah dapnya... Cer hantar kat abam hoq satu loyang nak tgk hanis ke tak

    BalasPadam
  3. tu laa kak..semalam akak share lauk berbuka nak komen nak resipi, tp irine tertumpahkan air pulak, lupa nak komen dah.. hahaha.. tq kak sharing this recipy..

    BalasPadam
  4. kak, kita xleh bawak dia keluar eh?

    BalasPadam
  5. First time tau kurma kukus ni...simple jer nak buatnya yer...rumah ciknad ada bnyk stok kurma, boleh la try nnti...tq share resepi kak mas...;)

    BalasPadam
  6. biasa buat kurma goreng je.. kurma kukus first time jumpa dkt sini

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...wah !! mcm best jer ni ...nak cuba juga nanti...thanks mas kongsi resepinya...:)

    BalasPadam
  8. tak pernah makan lagi camni..boleh cuba nanti. Tq share resepi kak

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com