Assalamualaikum...(^ ^)
Bagi Mas bulan puasa adalah bulan yang paling sesuai untuk kita lebih menjaga kesihatan. Ini kerana perut kita berehat dari sebarang makanan lebih dari 12 jam sehari. Ia jugak dapat membantu kita mengurangkan berat badan.
Panduan Makan Secara Sihat
Untuk kekalkan kesihatan di bulan Ramadhan kita perlukan menu yang sihat. Dengan menu yang sihat ini badan kita lebih bertenaga untuk menjalani ibadah puasa setiap hari. Jom tengok!
Hadkan minuman manis
Ini yang patut dihadkan dan kalau boleh elakkan kerana minuman manis akan buat kita lebih dahaga. Lebih elok banyakkan minum air kosong.
Pilih buah-buahan
Jadikan buah-buahan segar sebagai pilihan utama semasa berbuka. Mas paling suka makan buah, jadi memang wajib makan buah dulu sebelum makanan berat.
Kukus, rebus dan panggang
Pilih makanan yang dikukus, direbus dan dipanggang sebagai menu semasa berbuka. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.
Juadah yang manis
Kurangkan juadah yang terlalu manis semasa berbuka. Makanan manis memang sedap tapi itulah yang lebih berbahaya dan boleh menyebabkan banyak penyakit.
Juadah yang masin
Kurangkan makanan masin seperti telur dan ikan masin semasa bersahur dan berbuka puasa.
Makan secara sederhana
Sebaiknya bersederhana di bulan Ramadhan ni. Kita memang kaya dengan makanan tapi tak akan semua kita nak makan. Pelbagaikan makanan, biar kuantiti sikit janji menu yang sihat.
Mulai hari ini sama² kita amalkan pemakanan sihat. Di samping berkhasiat, dapat juga bantu kita kurangkan berat badan. Tak nak ke bergaya cantik di Hari Raya nanti, hehehee!
terima kasih atas perkongsian
BalasPadamassalamualaikum mas...betul tu kena kurangkan makanan masin,manis itu semua byk mengundang penyakit...:)
BalasPadammakanan x shat gak la yg kite dok suke :p ehehe
BalasPadamTerima kasih share makanan yang sihat ni :)
BalasPadam