Assalamualaikum...(^ ^)
Hari ini sekali lagi berjuang di arena boling. Pertandingan kali ini adalah persiapan dan pemilihan untuk pemain ke Sukan KKM di Sarawak tahun 2016. Ini pusingan pertama, akan ada pusingan kedua selepas raya nanti.
Mas ke arena boling hari ni tanpa latihan langsung. Memang susah nak luangkan masa untuk turun berlatih atas kekangan masa dan keadaan. Jadi main hari ini memang teruk sangat, langsung tak dapat rentak untuk kekalkan markah 150 ke atas. Paling tinggi markah pun hanya 134 sahaja. Agak tertekan dan putus asa, rasa nak bersara je dari arena boling.
Tapi faktor kesihatan dan gangguan di lane boling jugak adalah penyebabnya. Memang betul, kalau nak hadapi pertandingan tidak boleh stress dan ada gangguan. Kalau tidak memang kita hilang tumpuan dan rentak. Masa main tadi Mas batuk teruk sampai sakit dada, pastu ada pulak anak pemain lagi mengganggu di lane.
Habis 6 games Mas hanya berjaya di tempat ke-11, bolehlah kan? Jadi kena cuba sedaya upaya di pusingan kedua nanti. Kena lebih berlatih, mantapkan skill dan lebih fokus semasa main. Moga ada peluang dan ruang untuk Mas ke Sukan KKM di Sarawak nanti.
Tahniah jugak kepada pemain lain yang berjaya meraih kemenangan.
mesti terrer ni
BalasPadamDh lama SA x main bowling..gian plak ha
BalasPadamassalamualaikum mas....bestnya ...seronok kalau pandai main bowling ni...:)
BalasPadamHi Ni selection for team putrajaya ke? Ada no pengurus bowlin tak? I'm player kkm selangor 2014 now pindah putrajaya.. Plz update me tq.. Dr Sri 0182480135
BalasPadamsemoga ada rezeki lain kali :)
BalasPadam