Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 22 Julai 2015

Air tangan suami

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronok kan kalau suami kita pandai memasak. Tak perlu masak yang sedap² sangat, yang mudah pun takpe. Janji boleh memikat selera!

Mas kira bertuah jugak sebab husband pandai bab masak memasak ni. Kadang tu air tangan dia lebih sedap dari Mas. Ada jugak masakan yang Mas tak berapa pandai masak tapi dia lagi arif. Itu yang seronok, boleh saling bantu membantu.


Contohnya kalau buat nasi lemak, jujur cakap memang Mas tak pandai sangat. Kalau masak pun memang tak sesedap nasi lemak husband. Jadi bab masak nasi lemak ni memang Mas selalu serahkan kat husband. Cukup lemak dan rasa nasi lemak dia, memang nombor satu! 

Pastu buat telur dadar, memang benda yang mudah kan? Tapi Mas tak reti sangat buat telur dadar segebu dan sesedap yang husband buat. Selalu anak² mengadu kenapa mama buat telur dadar tak sesedap babah buat, huhuhuu! Jadi kalau anak² nak makan telur dadar, lebih suka husband yang buat. Mas suka, anak² lagi suka.


Tak terasa hati ke anak² lebih puji air tangan suami? Laaa apa nak terasanya, sama² masak untuk perut sendiri dan anak². Mas ada kelebihan dan husband pun ada kelebihan dia. Apa yang dia reti dia masak dan apa yang Mas reti Mas akan masak. Sama² bantu, barulah harmoni rumahtangga dan eratkan lagi kasih sayang.

Baru perut sama² kenyang, hehehee!

7 ulasan:

  1. Memang air tgn orang lelaki memasak sgt sedap...mereka ada aura kelebihan kalau di cungkil lagi perghhhh...untung sis suami pandai masak...telur dadar tu sedapnya

    BalasPadam
  2. Bagus la macam tu kan..at least membantu di kala kita tgh x sht...kan?

    BalasPadam
  3. best dapat suami terer memasak. macam sedap je daging tu XD

    BalasPadam
  4. part memasak, en. suami lagi pandai.. saya cuma assistant je bila kat dapur..

    BalasPadam
  5. wahh untung kak mas...nmpk sedap daging tu.. nyum nym

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dapat husband yang pandai masak dan rajin membantu.untung akak :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com