Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 26 Julai 2015

Anak babah

Assalamualaikum...(^ ^)

Betul ke orang cakap anak perempuan lebih rapat dengan ayah. Atau pun anak yang wajahnya seiras ayah lebih serasi bersama. Bagi Mas kebetulan je!

Sebab macam Mas rapat dengan dengan arwah mak dan abah masa mereka masih ada. Ada sesetengah perkara Mas serasi dengan mak, ada yang serasi dengan abah. Jadi takde istilah anak perempuan lebih rapat dengan ayah.


Anak Mas pun macam tu, terutama Airis. Bila ada babah memang mama tak dihiraukan. Asyik berkepit dengan babah je, mana babah pergi nak ikut. Tapi kalau babah takde depan mata, mamalah pujaan hati. Cuma dalam masa yang sama dia masih ingat babah, cari jugak babah dia.

Pastu anak² Mas ni lebih berani minta apa² dengan babah. Dengan Mas memang susah sikit nak mintak apa², hehehee! Bukan kedekut tapi mama lebih berkira² sikit. Kalau benda penting mama akan bagi, tapi kalau tak penting memang tak lah.


Tapi tak kisah anak babah ke anak mama, janji kasih sayang tu sama. Takde terlebih atau terkurang! 

4 ulasan:

  1. anak saya pula lebih nak mama nya..asyik2 nak cari mama..huhu..

    BalasPadam
  2. Mak biasanya garang (saya la tu :p) sebab tu anak-anak rapat dengan ayah. Selamat hari raya Mas, maaf zahir batin .

    BalasPadam
  3. Kak Sue lebih rapat dan manja dengan Abah..tapi anak Mas mmg nampak sgt anak babah..hihihi..

    BalasPadam
  4. betul tu..anak babah ke mama tetap kasih sayang sama rata :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com