Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 6 Julai 2015

Bila cinta menguasai

Assalamualaikum...(^ ^)

Cinta jangan setengah mati, bahaya.

Cinta jangan ikutkan hati, merana.

Cinta jangan terlalu memberi, seksa.

Sebab itulah kita jangan biar cinta terlalu menguasai diri, kalau tak inilah akibatnya. Diri sendiri akan kecewa sampai nak buat apa pun tak boleh, rasa dah tak mahu teruskan hidup dah. Ehhh perlu ke sampai macam tu! 

Tolong jangan jadi bodoh dek cinta, buat seksa diri je. Bukan Mas kata tak boleh bercinta, boleh. Tapi biarlah seadanya, biarlah kita bersedia, biarlah kita terima kekurangan dan kelebihannya dan biar kerana Allah. Itu yang utama! 


Mas bercinta jugak, 6 tahun sebelum berkahwin. Tapi alhamdulillah jodoh kami panjang, jadi suami isteri yang sah dan kekal jodoh hingga sekarang. Mas cinta, kasih dan sayang dia sepenuh nyawa tapi tidak membabi buta.

Apa yang penting dalam cinta ni ialah bersederhana. Bila kita bersederhana kita mampu terima apa saja kemungkinan yang berlaku. Sebab kita tahu jodoh itu milik Allah. 

3 ulasan:

  1. yoorin pon bercinta dengan suami 7 tahun sebelum kahwin.. tp memg mcm2 la dugaan sebab jarak jauh.. betul tu..yakin jodoh itu milik Allah..syukur juga dah jadi suami.. moga hubungan kita kekal sampai ke jannah..
    BTW dah ada header baru tu..cantikkk.....baru laa best gambar real..

    BalasPadam
  2. betul tu kak..doa selalu semoga jodoh berkekalan dan bahagia selalu :)

    BalasPadam
  3. ida dgn asben bercinta tak sampai setahun hahahahah sbb masing2 baru lepas frussttt malas laa nk bercinta sangatt kawen terus. bercinta lps kawen laa hihihhihi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com