Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 5 Julai 2015

Cabaran bertugas di bulan puasa

Assalamualaikum...(^ ^)

Husband anggota bomba. Tugas dia tak kira masa, kadang tu waktu off pun kena panggil bertugas. Terpaksa korbankan masa bersama isteri dan anak². Kadang² kena kerja 24 jam dek kerana kekurangan anggota atau ada operasi yang besar.

Cabaran bertugas di bulan puasa
Sepanjang Ramadhan selalu ada tugas atau operasi mencabar. Mas ingat lagi masa husband bertugas di Balai Cyberjaya, ada kebakaran hutan gambut. Seminggu berada dalam hutan padamkan api, berdepan dengan asap dan bahang panas. Kalau tak kuat semangat memang tak puasa, terjelir lidah menahan dahaga dengan bahang api yang panas.



Macam puasa tahun ni husband berdepan dengan kebakaran kilang karpet di Nilai 3. Sampai ke hari ni masih ada lagi sisa² kebakaran yang belum padam. Setiap hari mereka ke sana, berdiri di tengah panas padamkan api. Pastu ulang alik angkat hos dan peralatan yang berat. Ya Allah besarnya cabaran mereka bertugas demi menjaga keselamatan masyarakat.

Tapi mereka terus berpuasa, tengoklah masuk waktu berbuka hanya makan nasi bungkus di tepi jalan. Tabik satu kali buat mereka!


Pejuang dan penyelamat negara!

8 ulasan:

  1. Tabik jugak untuk abg2 bomba semua..respek yang dapat teruskan puasa tu..semoga mereka semua sentiasa dalam lindungan Allah ketika bertugas tu..

    BalasPadam
  2. Besar tanggungjawab mereka. Tetapi dugaan yang mereka hadapi akan dibalas di sisi Allah di sana nanti.wallahualam

    BalasPadam
  3. Memang tabik la kat anggota bomba. Kita lari dari api, mereka datang kepada api. Besar pahala mereka menyelamatkan orang.

    BalasPadam
  4. Besar pengorbanan mereka semua ni..

    BalasPadam
  5. demi menjalankan tugas dalam waktu berpuasa tetap bekerja seperti biasa..besar dugaan besar juga pahalanya

    BalasPadam
  6. dugaan tu kak..suami yoorin hari2 ngadap api kat dapur sebab dia masak pon kadang tak tahan katanya.. panas kat dapur tu..kesian jugak..tp asben akak lg laa kannn.. bertugas untuk rakyat..besar pengorbanan.

    BalasPadam
  7. ida salute badan beruniform ni! tqqqqqqqqqqqq

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com