Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 23 Julai 2015

Cerita bergambar [7]

Assalamualaikum...(^ ^)

7 Ramadhan, masih mood raya dan mood cuti lagi walaupun hanya dok kat rumah je. Nak beraya pun orang ramai dah kembali bekerja, jadi kita tunggu hujung minggu. 

Entri hari ni Mas kongsi cerita bergambar semasa cuti raya tu, jom tengok!

1. Inilah antara cucu² arwah mak dan abah, semuanya 14 orang. Cucu pertama sudah tentulah anak Mas si Atikah. Kalau mak abah masih ada pasti mereka seronok melayan karenah cucu². 




2. Aktiviti petang raya anak² buah dan anak Mas selepas penat beraya. Aktiviti apa tu, kemain lagi gaya masing². Apa lagi main gasing lah, semua ni penangan cerita Upin Ipin. Tapi bagus jugak mereka beriadah camni dari asyik mengadap TV dan gajet je.



3. Airis paling susah nak ajak bergambar masa raya tu. Tengoklah orang semua dah senyum depan kamera dia boleh berjalan entah nak pergi mana. Pastu gambar lagi satu tu siap garu hidung lagi. Susah betul nak dapat mood dia! 




4. Ini namanya silahturrahim di hari raya. Jumpa kembali sahabat lama semasa sekolah menengah dulu setelah lebih kurang 25 tahun tak berjumpa. Terima kasih Asma sudi datang bertandang ke teratak buruk Mas.



5. Rumah peninggalan arwah mak abah inilah tempat kami berkumpul setiap tahun bila pulang beraya. Banyak kenangan dan nostalgia terindah di rumah ni, susah nak dilupakan. Kami akan teruskan tradisi ini sehingga ke anak cucu kami!


5 ulasan:

  1. indahnya luas laman menghijau... suka!

    BalasPadam
  2. seronok kan berkumpul ramai2..berjumpa kawan lama..

    BalasPadam
  3. seronok beraya di kampung halaman dan saudara mara berkumpul :)

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya buat sis Mas sekeluarga, ceria2 selalu :)

    BalasPadam
  5. akak...yaya dah follow akak.... follow lah yaya... www.yayacendana.com :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com