Terkini dan Sensasi

Sabtu, 18 Julai 2015

Jaga makan di Hari Raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh seronok dan sakan beraya. Tengok tu, makan lemang, rendang dengan ketupat pun banyak. Air manis bermacam² rasa dan perisa, pastu ditambah dengan kuih raya lagi.


Haaa beringat² makan tu, jangan ikut nafsu. Mentang² raya setahun sekali, semua dimakan tanpa kawalan. Alasan lepas raya, dietlah semula.

Seeloknya masa raya pun kita kena jaga pemakanan. Lebihkan minum air masak dan makan dalam kuantiti yang sedikit. Misalnya kalau pergi beraya rumah sanak saudara atau sahabat handai, bawaklah air masak sendiri. Nak minum air manis boleh, tapi sedikit je. 

Pastu juadah raya pun makan dalam kuantiti sedikit, cukup sekadar kenyang. Janganlah sampai tersandar pulak. Nanti jangan sampai badan dah kurus semasa puasa, naik balik selepas raya.


Pastu jangan lupa senaman, dah sebulan berehat. Mas hari ni dah mula kembali, terkejut lemak² sebab dah lama tak bersenam!

2 ulasan:

  1. memang kena jaga makan..kalau tak, mesti ada je yg akan sakit perut bila masuk raya kedua..

    BalasPadam
  2. raya ni makan sikit² je sebab raya pertama dah buat perut sakit..huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com