Assalamualaikum...(^ ^)
Hari ini harga minyak naik lagi, jadi dengan kenaikan ni banyak yang perlu kita berjimat kan. Nak marah pun tak jadi apa, minyak tetap keperluan untuk kita ulang alik ke tempat kerja.
Khidmat mekanik di rumah
Macam Mas rasa bersyukur sangat sebab husband pandai bab kereta. Jadi bila nak servis atau baiki kerosakan semua buat sendiri di rumah. Dari situ Mas dah jimat banyak. Lega sikit walau terbeban dengan harga minyak naik.
Lagilah nak balik kampung raya ni, kereta perlu diservis kan? Kalau hantar ke pusat servis memang berkali ganda kena caj. Servis sendiri di rumah memang sangat jimat, hanya keluar duit beli barang je.
Tapi itu pilihan masing² jugak, ada setengah orang tak percaya khidmat mekanik di rumah. Walaupun murah tapi tak terjamin katanya, jadi terpulanglah pada kemampuan masing² kan? Tapi kalau rasa nak lebih berjimat bolehlah cuba.
Macam husband Mas dia dah ada regular customer. Lagi² nak raya, memang ramai yang dah tempah. Yang pastinya tak pernah lagi mereka pertikaikan kerja dia, semua berpuas hati. Rezeki husband!
Alhamdulillah. saya pun rasa kalau ada skill dalam diri kita, tak kisah lah besar atau tak skill tu kena digunakan sebaik mungkin. Cth macam akak, husband pandai baiki kereta, akak pandai tulis blog... blh buat bisnes. Sorang services sorang marketing! :) Tahniah kak!
BalasPadamAlhamdulillah, senang bila ada skill macam ni. Senang je kan..call aje, dah sampai kat rumah customer, selesa pun buat kerja kat porch rumah, berbanding kat bengkel yang panas tu.
BalasPadamsaya nk servis kete kancil..tak servis2 lagi ni ha
BalasPadammemang jimat sangat. kadang² kat kedai pun bukan buat betul sangat..hanya tahu untung..alhamdulillah dikurniakan anugerah bakat boleh servis kereta ni .
BalasPadam