Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 24 Julai 2015

Memori raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronok tengok kawan² kongsi gambar memori campak belakang raya dalam Facebook. Jadi Mas nak kongsi jugak gambar² memori raya Mas dan keluarga dalam blog. 

Mas kahwin tahun 2002, tapi tak dapat nak letak gambar raya dari tahun 2002. Yang ada cuma gambar raya dari tahun 2008 hingga 2015. Gambar tahun 2002 hingga 2007 ada dalam laptop tapi laptop pulak rosak. Pastu dulu mana ada handphone canggih², jadi gambar banyak guna kamera biasa je.

Tapi takpelah, kita campak belakang gambar raya tahun 2008 hingga 2015. Jom mengimbau memori Raya. Tahun 2008 tema hijau pucuk pisang dan tahun 2009 kami pilih tema kuning diraja. 2 tahun ni anak masih 2 orang.





2010 tema hitam putih. Masa ni pagi 1 Syawal kami gerak balik beraya ke rumah mak mertua, jadi tak sempat nak ambil gambar satu keluarga. Yang ada gambar dengan keluarga mertua je. 2011 tema maroon jadi pilihan. Kedua² tahun ni pun anak masih 2 orang. 




2012 tema ungu, dan tahun ini paling manis sebab beraya masa mengandungkan Airis 7 bulan lebih. 2013 tema pink pulak dan keluarga semakin besar dengan bertambahnya anak kepada 3 orang.




2014 tema turqoise jadi pilihan, anak pun dah 3 orang. 2015 tema hijau emerald + merah. Tapi tahun ni agak sedih sebab pagi raya husband tiada di sisi kerana tak dapat balik raya. 




Sebenarnya setiap tahun husband Mas tak dapat cuti raya tapi dia ada di pagi raya sebab kebetulan masa tu dia shift malam dan off day. Jadi dapatlah dia balik sekejap untuk bersama di pagi raya. Cuma tahun ni je dia kena shift siang di pagi raya, jadi tak dapatlah balik. 

Inilah memori Raya Mas sekeluarga yang sentiasa menjadi kenangan terindah. 


5 ulasan:

  1. akak....selamat hari raya....mm..yaya belum buat draf lagi pasal raya ....

    BalasPadam
  2. setiap tahun tema lain²..family potrait untuk kenangan :)

    BalasPadam
  3. wahhhhh syiokkk setiap tahun sedondong hehe. selamat hari raya kak mas. :)

    BalasPadam
  4. nak kumpul jugak la,tapiii mana ntah gambar lama2 heheheheheh....

    BalasPadam
  5. selamat hari raya kak mas.... kenangan tu..dulu xde handphone camera..pakai kodak..gambar pon entah kat mana.. btw
    berbeza kak mas dulu.. skrg slimmm,... gud job kak

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com