terkini dan sensasi

Sabtu, 4 Julai 2015

Mood RAYA : Cuti raya dah lulus

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni dah 17 Ramadhan, jadi memang mood raya tu dah 70% kan. Pasti dah macam² persiapan yang dibuat. Baju raya tentu dah beli, duit raya pun dah tukar, kuih raya dah tempah dan yang paling penting cuti raya dah mohon.

Macam Mas baru 50% selesai, 50% lagi masih dalam persiapan. Tunggu gaji bulan ni baru boleh lengkapkan semuanya. Tapi satu yang dah selesai ialah cuti raya. Weee seronoknya bila cuti raya dah lulus, terus mood raya tu berkobar². Mulalah menghitung hari nak balik kampung! 


Tengok dah diluluskan, 7 hari cuti. Walaupun husband kemungkinan tak balik beraya tapi Mas tetap nak cuti lama. Lagi pun dah lama tak balik kampung, jadi nak habiskan masa lama sikit kat sana. Seronok lepak kampung, aman damai je!

Cuti dah lulus mulalah mood kerja dah berkurangan. Tapi walaupun dah kurang kena kerja jugak, kena selesaikan tugas sebelum bercuti panjang. Sambil kerja sambil dengar lagu raya, baru seronok dan tak terasa masa berlalu. Sedar² dah nak balik, sedar² dah 15hb. Dah boleh cuti dan balik kampung, yeayyy!

Kawan² camne, dah lulus cuti raya? Cuti sekejap atau cuti panjang? Tapi jangan lupa sebelum cuti selesaikan kerja dulu, baru boleh beraya dengan tenang dan seronok.

6 ulasan:

  1. dayah pun tengah menghitung hari abang kakak balik kampung ni, tahun ni ramai yang raya dekat rumah..bahagia jer rasa =)

    BalasPadam
  2. wah dah lulus cuti raya..akak pun nak kena selesaikan dulu order2..mungkin balik lagi 3,4 hari nak raya..elakkan jamed..

    BalasPadam
  3. bestnyaa .. saya punya tak apply lagi... huhuhu

    BalasPadam
  4. Cikna pun dpt cuti 7hri tp mcm nk tmbh cuti thn je,huhuu....;-)

    BalasPadam
  5. Bestnya 7 hari cuti! I cuti 1 hari je isnin tu, sbb time buat gaji tak leh cuti huhuhu

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..seronok boleh cuti lama sikit

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com