Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 13 Julai 2015

Mood RAYA : Kad raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronok kalau dapat kad raya, terimbas kembali kenangan zaman hantar kad raya dulu. Seawal puasa dah pergi cari kad raya, pastu senaraikan dekat siapa nak hantar. Sampai kawan sebelah meja, kawan sebilik dan kawan satu tempat kerja pun dapat. Pastu bila dapat kad balas lagilah seronok. Bila hari raya gantung kat dinding, tanda hargai pemberian kawan². 


Wahhh seronoknya kenangan tu kan? Tapi sekarang dah tak ramai yang buat camtu. Memang ada tapi segelintir je yang masih amalkan budaya hantar kad raya. Mas tahun ni tak hantar langsung kad raya, bukan lupa budaya tu tapi kekangan masa.

Tapi kalau tak sempat hantar kad raya, apa kata kita hantar e-card melalui emel. Ok jugak kan, boleh cetak cantik² kad tu dan simpan. Lagi pun ramai yang buat camni, mungkin mereka tak sempat nak beli kad raya. 

Tapi Mas tabik pada kawan² yang masih gigih hantar kad raya pada sahabat handai. Siap buat kad raya sendiri lagi. Memang kagumlah, mereka masih tak lupa budaya hantar kad raya. 

Ini satu² nya kad raya yang Mas terima tahun ni, dari rakan blogger. Terima kasih azhafizah.com, cantik kad raya tu. Tapi maaf tak sempat balas!



4 ulasan:

  1. wahhh..dapat kad raya ..dulu zaman sekolah gigih akak hantar kat orang..semua nak bagi..ehehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah selamat sampai kad raya Fiza. seronok berkirim dan dapat kad raya ni..ada valuenya tersendiri :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum mas...bestkan kalau dpt kekalkn budaya menghanyar kad raya ni...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com