Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 14 Julai 2015

Mood RAYA : Pastikan kereta selamat

Assalamualaikum...(^ ^)

Keretalah aset utama yang perlu diambil berat jika nak balik beraya ke kampung. Jadi sebelum nak mulakan perjalanan kenalah pastikan ianya selamat dan kondisinya tip top.


Bagi Mas memang takde masalah sebab husband mahir bab servis kereta ni. Jadi awal² Mas dah suruh dia periksa dan servis apa yang patut. Lagilah Mas balik ke kampung dengan anak² je, jadi kena pastikan kereta betul² selamat!

Hari ni kena hantar baiki aircond, tetiba je semalam aircond tak sejuk. Bila husband periksa rupanya paip bocor. Nak tukar baru cecah harga RM200, jadi baiki dulu tempat yang bocor tu. Kena hantar kedai sebab husband takde peralatan, kalau ada boleh jugak buat sendiri. Jimat sikit!


Tapi ingat jangan berjimat sangat sampai kereta pun tak servis. Ini penting untuk keselamatan kita pulang berhari raya. Jangan dalam perjalanan kereta buat hal, tak pasal² tersadai tepi lebuhraya.

Moga kita semua selamat pulang ke kampung!

3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com