Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 15 Julai 2015

Mood RAYA : Pemberian duit raya

Assalamualaikum...(^ ^)

Pemberian duit raya memang sinonim dengan kita masyarakat Melayu setiap kali Hari Raya. Macam tak seronok pulak raya tanpa duit raya.

Tapi ingat, jangan berlebihan dan riak pulak bila beri duit raya. Niat dalam hati kita nak bersedekah pada anak buah dan kanak². Berapa jumlah tak penting tapi niat kerana Allah tu yang paling utama. 


Pastu ajar anak² kita jangan meminta² duit raya jika berhari raya ke rumah orang. Kalau tuan rumah tu bagi dengan ikhlas baru kita terima dengan ikhlas. Barulah raya lebih bermakna.

Macam Mas setiap tahun memang akan sediakan duit raya untuk anak buah. Kalau ada rezeki banyak, banyaklah bagi. Kalau ada sikit maka sikitlah, yang penting niat nak bersedekah tu kerana Allah. 

Dah siap duit raya untuk 21 orang anak² buah. Alhamdulillah ada rezeki duit raya untuk mereka!


1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com