Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 6 Julai 2015

Sekolah pilihan selepas UPSR

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekolah pilihan Atikah.


Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
Mula² dulu memang dia teruja nak masuk sekolah ni. Hari² suruh cari maklumat macam mana nak masuk sekolah ni. Memang tak sabar!

Tapi bila dah tahu wajib dapat 5A baru boleh dapat terus tak seronok. Bukan apa, dia rasa tak yakin boleh dapat 5A. Mas dah bagi kata² semangat untuk dia terus mencuba, mana tau ada rezeki.

Dek kerana tak yakin terus cari pilihan kedua, berminat terus dengan..


Sekolah Sukan Bukit Jalil
Ini lagi susah nak dapat, kena diperakukan oleh MSSN dan sekurang²nya mewakili negeri Selangor. Memang takde permohonan online tapi kena melalui ujian mengenalpasti bakat yang diuruskan oleh Unit Sukan JPN. Susah jugak, jadi dia pun tak berharap sangat boleh dapat.

Mas cakap dengan dia kena cuba sekolah lain jugak. Sekolah tak berasrama penuh pun takpe janji pelajaran boleh diteruskan. Tapi Mas tak nak paksa, biar dia buat dulu pilihan sendiri.

Kalau dia dah takde pilihan sangat, kenalah ikut pilihan ibu bapa. Yang penting pelajaran, sekolah mana² pun takpe.

6 ulasan:

  1. betul tu sekolah di mana-mana pun tak apa, asalkan semangat nak belajar itu ada...

    BalasPadam
  2. Tahun lepas Bonde pon kene buat Pilihan untuk Fatin...

    Lepas macam-macam jadi dengan exam kene repeat Fatin terus down...

    tgk macam tu x jadi nak paksa sangat... kang stress pulak...

    Dia minat sekolah Seni he he he he

    BalasPadam
  3. Susah juga nak masuk sekolah hebat² ni..takpe, sekolah biasa pun boleh jadi hebat asalkan rajin belajar :)

    BalasPadam
  4. Salam..
    Bagus sgt jika anak ada sek pilihan mereka. Anak sya dulu pun begitu juga. Masa mereka mrngisi borang utk ke asrama penuh(40 org sja).
    Anak saya cikgu, dia nak sek yg baru.Gigih cikgu tu mengeogle cari sek yg baru.
    Srblm upsr diumumkan nama dia telah tersenarai dpt ke sekolah yg "baru" . Hanya th dia msk form 1 srk tu beroperasi sepenuhnya.
    Syukur sgt2. Biarpun jauh tp kami tetap menyokong dia.
    Beri sokongan kpd anak puan.

    BalasPadam
  5. Sekolah mana2 pun takper...selain cemerlang akademik bnyk lagi perkara yg perlu kita kejar dlm hidup. Semoga anak kak mas suksess yer.

    BalasPadam
  6. Susah juga nak memotivasikan anak untuk masuk2 sekolah2 best ni .. takpe Mas, teruskan usaha ... cerita benda seronok, nanti seronoklah dia rasa .. in Sha Allah.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com