Terkini dan Sensasi

Isnin, 13 Julai 2015

Selamat bersara Puan

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ni hari terakhir my lady boss berkhidmat sebagai penjawat awam. Esok dia dah bersara.


2 tahun Mas sebagai PA dia, banyak kenangan pahit manis serta suka dan duka. Mas akui memang dia bos yang garang, kalau marah tu memang tinggi suara. Kadang geram jugak sebab bukan salah Mas pun tetap kena marah. Selalu jugaklah tak puas hati dengan dia. 

Tapi Mas sedar dia marah ada sebabnya, mungkin dia bukan sengaja. Sebagai PA kena fikir positif, tak boleh terlalu ambil hati walaupun geram. Bos tetap bos kan? Dari marah itu kita boleh belajar untuk perbaiki diri dan mutu kerja. 


Bila dia dah bersara rasa sebak sangat, lupa dah apa yang dia marah selama ni. Walaupun nak berpisah dia tabah je, tak sedih pun. PA dia je yang bercucuran air mata. Moga Mas jadi setabah dia. 

Selamat Bersara Puan!
Mas doakan puan sihat selalu dan dilindungi Allah SWT. Terima kasih atas tunjuk ajar.

potong kek birthday

penyerahan tugas kepada bos baru

sesi punch out untuk kali terakhir

kami PA Vogue dengan puan

4 ulasan:

  1. Salam sis...

    Kenangan yang tak dapat di lupakkan..di abadikan di blog ini..
    Nice sharing

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum mas....semoga dirahmati selalu...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com