Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 5 Ogos 2015

Anak nampak hantu

Assalamualaikum...(^ ^)

Pernah tak alami situasi anak kita nampak hantu atau makhluk halus. Apa reaksi kita?

Mas pernah mengalami anak nampak hantu. Anak sulung, Atikah. Memang dari kecil, tapi dia nampak setiap kali demam je. Siap tunjuk lagi kat mana benda tu dan cakap "Mama ada hantu, ada hantu!"

Mula² dia camni dulu seram jugak, mula fikir bukan². Tapi bila dah lama Mas tak nak fikir sangat. Biasalah budak demam, badan lemah kan? Jadi mudahlah benda² camtu datang mengganggu. 


Jadi husband akan tenangkan dia, ajak dia keluar dari bilik. Pastu baca Al-Fatihah, baca 3 Qul dan hembus kat telinga dia dan sapu sikit air kat muka dia. Bila dia dah tenang ajak dia tidur kat ruang tamu je dan husband Mas akan temankan dia.

Kawan Mas pun ada jugak anak dia yang selalu nampak hantu, terutamanya kalau keluar malam atau pergi kawasan yang keras sikit. Siap² menjerit dan menangis lagi dia cerita. Bila bawak jumpa ustaz, siap ustaz tu cakap yang hijab anak dia terbuka sikit. Itu senang nampak makhluk halus ni.

Seram jugak kalau camtu. Nasib anak Mas nampak bila demam je, kalau selalu haru mak dia!

2 ulasan:

  1. haihhh..anak akak yg kecik tu pernah gak nampak ..siap tunjuk2 lagi..seram ibu...

    BalasPadam
  2. takut jugak bila budak² ni nampak kan..tapi kalau dah biasa tu memang terbiasa tapi kadang² seram juga..huhu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com