Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 19 Ogos 2015

Anak syurga

Assalamualaikum...(^ ^)

Semalam terima berita yang sangat menyedihkan. Anak seorang pegawai di pejabat meninggal dunia. Kecik lagi, baru umur 11 bulan! 

Meninggal bukan sebab kecuaian sesiapa tetapi dah ketentuan Allah SWT dia dipinjamkan kepada ibunya hanya 11 bulan. Dia anak yang baik dan mudahkan urusan ibu bapa menjaganya sebab itu Allah sayangkan dia. Memang sedih kalau kenangkan ibunya tapi apa pun kena redha dengan qada qadar Allah. Hari ni pun masa ziarah di kubur dia dah tenang dan redha.

Semasa melangkah ke bilik forensik rasa sebak sangat, tak semena² airmata mengalir laju. Lagi meruntun jiwa bila lihat tubuh kecil terbaring kaku dalam pelukan ibunya. Allahuakbar, luluh rasa hati. Terbayang anak sendiri bila terpandang wajah suci anak yang tak bernyawa tu. Terfikir bagaimana kalau terjadi pada Mas sendiri. Ya Allah, tak mampu nak bayangkan!


Kejadian ni memang sedikit beri kesan pada Mas. Balik rumah semalam bila anak² buat hal terus tak sanggup nak marah. Terbayang terus wajah anak kecil tu. Terdetik dalam hati, "Aku ni asyik marah anak sendiri kerana buat hal sikit. Bayangkanlah orang yang anaknya pergi secara tiba² camtu." Ya Allah memang insaf kawan², terus peluk anak kuat². Janji pada diri akan cuba kawal rasa marah lepas ni dan lebih banyak bersabar.

Kepada Puan Isma, moga tabah hadapi ujian Allah. Anak syurga tu. Insya Allah dia akan tunggu puan di syurga nanti, amin!

Huwaaaaa nangis!

7 ulasan:

  1. Innalillahi wainna illaihi rajiuun. Anak anak kita hanyalah pinjaman.

    BalasPadam
  2. Innalillahi wainna illaihi rajiuun

    BalasPadam
  3. hukkk jatuh air mata walau tak de anak lagi tapi paham huuhuu

    BalasPadam
  4. Allah.. Anak adalah pinjaman dari Allah kan.. Tapi kita selalu je lupa.. Anak buat salah sikit je terus rasa nak marah.. Huhu, insaf juga bile begini.. Moga2 kite semua jadi ibu yang baik buat anak2, insyaAllah..

    BalasPadam
  5. Al-fatihah, harap julia pun sama dpt sabar dari marahkan anak sgtttttttttt...hukkkk (tampo muka sendiri)

    BalasPadam
  6. Al fatihah..moga ibu dan bapanya tabah.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...al-fatihah buat arwah si comel tu...tempatnya di syurga Allah...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com