terkini dan sensasi

Rabu, 5 Ogos 2015

Beg tangan murah hanya di ZALORA

Assalamualaikum...(^ ^)

Wanita dan beg tangan memang tak boleh dipisahkan, betul tak?

Mas pun begitu, pantang tengok koleksi beg tangan cantik² mesti teringin nak membeli. Biasanya Mas akan tengok di butik² beg tangan, tapi harganya yang mahal menghalang Mas untuk membeli. Jadi salah satu cara nak dapatkan beg tangan murah adalah membeli secara online di ZALORA. Walaupun murah tetapi beg yang dijual tetap cantik dan berkualiti.


Bagi kawan² yang belum pernah membeli secara online di Zalora, Mas berikan beberapa info penting mengenainya. ZALORA merupakan destinasi fesyen di Asia yang menawarkan pelbagai produk fesyen dan produk penjagaan untuk wanita dan lelaki daripada ribuan jenama tempatan dan antarabangsa. Tidak hanya di Malaysia, laman web Zalora jugak terdapat di negara² jiran seperti Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Taiwan serta di New Zealand dan Australia yang dikenali sebagai The Iconic. Ini membuktikan Zalora adalah nama yang cukup gah dan boleh dipercayai!

Walaupun Zalora semakin mendapat perhatian di hati peminat pembeli barangan online tetapi produknya mampu milik dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Jadi Zalora adalah pilihan utama untuk membeli koleksi beg tangan murah online kegemaran Mas.


Di ZALORA, selain boleh memiliki koleksi beg tangan jenama hebat seperti Mango, Aldo dan Nine West yang menawarkan harga lebih murah (ketika promosi), Mas jugak boleh membeli koleksi beg tangan yang trendy daripada jenama tempatan atau in house labels seperti Something Borrowed dan Zalora.

Yang pastinya kualiti bagi setiap beg yang dijual adalah terbaik dan menepati citarasa serta trend fesyen terkini. Bukan itu sahaja, pembelian online bersama Zalora pastinya teramat mudah dan menjimatkan ringgit anda. Yang paling menarik anda jugak boleh membuat penukaran semula dalam masa 30 hari selepas tarikh pembelian secara percuma!


Wahhh memang berbaloi membeli belah di ZALORA. Jadi apa tunggu lagi, cepat ke laman web mereka dan membelilah dengan senang hati. Jangan lupa beli satu beg tangan murah untuk diri sendiri ye. Bagi yang lelaki boleh belikan untuk isteri, ibu atau teman istimewa. Pasti mereka tersenyum lebar!

7 ulasan:

  1. wah..cantik-cantik ye bag tangan Zalora..

    BalasPadam
  2. cantiknya yg atas skali tu.

    BalasPadam
  3. Cantik beg warna putih tu kak mas

    BalasPadam
  4. cantiknya yang atas sekali tu..colourful :)

    BalasPadam
  5. Boleh survey untuk wife ni.. Hehe..

    BalasPadam
  6. wahhhh tergoda tengok handbag atas sekali..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com