mrs secretary

Sabtu, 8 Ogos 2015

Blogger sepenuh masa

Assalamualaikum...(^ ^)

Wahhh memang Mas tak pernah sangka berblog pun boleh sepenuh masa. Dulu ingat blogger hanya boleh berblog bila ada masa terluang untuk menulis.

Tapi sekarang blogger dah jadi satu kerjaya. Boleh jana pendapatan tetap setiap bulan untuk perbelanjaan dan sara keluarga. Bila hasil tulisan mendatangkan manfaat dan kita ada pengaruh di media sosial maka tak mustahil berblog itu dijadikan kerjaya tetap kita. Janji kita ada matlamat dan tak pernah putus asa.


Cuma bukan senang nak berjaya dan sampai ke tahap itu. Kena ada azam dan semangat, tanam niat yang kita boleh. Kalau ada yang dengki dan busuk hati kita jadikan sebagai cabaran. Nak sampai ke tahap tinggi kita kena lalui semua tu!

Memang ramai orang tak suka bila seorang blogger dah berjaya dan ada nama. Ada sajalah haters yang tak senang duduk, mulalah cari cerita nak jatuhkan blogger. Yang tak seronoknya haters tu dari kalangan blogger jugak. 

Mas pun ada impian nak jadi blogger sepenuh masa sebab Mas memang minat berblog. Tapi banyak lagi yang perlu Mas pelajari. Tak mustahil ia akan jadi kenyataan suatu masa nanti.

5 ulasan:

  1. kita sama2 belajar kak dengan yang lain....mana tahu dapat g Korea...hahahahah

    BalasPadam
  2. dalam dunia ni bukan semua org suka kita dan bukan semua org benci kita. realiti kehidupan. apapun semoga impian mas berjaya. salam perkenalan

    BalasPadam
  3. akak akak doakan satu hari nanti tercapai impain Mas tu ye..aamiin!!

    BalasPadam
  4. dimana² ade haters kak..so abaikan je mereka :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com