Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 18 Ogos 2015

Diet kena betul

Assalamualaikum...(^ ^)

Ok cerita pasal diet lagi, tapi kali ni mengenai pentingnya kita diet dengan betul. Jangan main suka hati je sebab terlalu obses nak kurus cepat.


Terbaca kisah Hazami di akhbar yang menderita penyakit pendarahan usus besar. Dia sendiri akui akibat terlalu obses nak kurus lalu mengamalkan diet yang salah menyebabkan dia mengalami pendarahan usus. Katanya dia hanya makan satu kali sehari sahaja iaitu  waktu tengahari, pastu dia amalkan minum kopi pekat. Memang berjaya kurus tapi hasilnya dia menderita sakit. Mungkin ramai yang berkata itu hanya penyebab tapi sangat perlu kita tahu cara diet yang betul.

Diet bukan sekadar nak kurus tapi pemakanan perlu seimbang. Jangan sebab nak cepat kurus kita hanya makan sekali sehari, salah tu! Kita perlu makan 5 hidangan setiap hari, jangan langkau waktu makan. Ini dapat halang kita untuk makan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pastu barulah kita dapat tenaga yang cukup sepanjang hari.

Tapi 5 waktu makan tu janganlah makan berlebihan, tapi makan mengikut diet yang seimbang dan makan secara sihat. Kalau diet yang extreme tu memang boleh cepat kurus tapi akan mudaratkan kita. Buat apa kurus kalau tetiba sakit kan, sia² saja usaha tu! 

Biarlah lambat tapi dengan diet yang betul.

8 ulasan:

  1. Tu yg pling tkutkan..tlampau diet pun bhaya..biarlah chubby pun asalkan sehat :p

    BalasPadam
  2. diet diet juga, setuju bab makanan tu kena seimbang

    BalasPadam
  3. Kesian hazami..dengar kata dia kanser usus.. aritula terbaca kat paper...
    apa2 pun, nk diet..kena diet secara sihat... mmg salah cara diet mkn sekali sehari tu...

    anyway, nak share...klu ada menghidapi ASMA, RESDUNG, ALERGI, EKZEMA ke...
    leh la try guna sabun pencuci ni...
    saya dah..alhamdulillah...utk anak2 yg EKZEMA ni..

    GET CLEAN FRESH LAUNDRY CONCENTRATE...SABUN BAJU YANG BEST!!

    BalasPadam
  4. ooo...sebab tu rupanya dia sakit. memang ekstrim tu... kopi pekat lagi...perghh.... bahaya rupanya

    BalasPadam
  5. memang kena ikut cara yang betul dan guide yang betul

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...betul tu kalau nak berdiet tu kenalah dgn caranya...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com