Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 20 Ogos 2015

Hantaran kahwin adik

Assalamualaikum...(^ ^)

29/8/15 nanti adik bongsu Mas bakal bernikah dengan tunangnya. Tak lama dah! 

Jadi urusan gubahan hantaran memang diserahkan 100% kepada Mas. Maklumlah masa bertunang dulu Mas yang buat, jadi nikah ni Mas jugak yang dipertanggungjawabkan. Mas suka buat gubahan hantaran walaupun takdelah kreatif dan cantik mana pun hantaran tu. Janji bakal pengantin suka dan berpuas hati, itu dah cukup bagi Mas.

Tema hantaran kali ni hijau dan gold. Konsep pulak ringkas tapi cantik. Haaa gitu, kemain lagi kan. Zaman ringgit jatuh dan taraf hidup makin meningkat ni kena jimat belanja. Sebab itulah Mas buat hantaran yang mudah dan ringkas je. Lagi pun kesian pada bakal pengantin, banyak dah keluar belanja. Itu pun masa beli barang hiasan untuk hantaran dekat RM200 jugak habis. 

Hiasan hantaran Mas beli di Nilai 3, murah sikit. Lagi pun kat sana banyak pilihan kedai, kena pandai cari kedai yang harganya murah. Konsep hantaran Mas buat guna bunga dan riben, pastu letak hantaran atas gabus yang dibalut dengan kain net. Itu saja konsep yang ringkas, mudah dan jimat belanja. Idea pulak ada idea sendiri dan ada yang rujuk kat google.

Ini salah satu hantarannya, cantik tak? Walaupun nampak ringkas tapi dibuat dengan penuh kasih sayang, jadi kira cantiklah kan? Hehehee!



Nanti Mas update bila dah siap semuanya.

5 ulasan:

  1. simple yet nice.....nanti tunjuk semua yer...mesti cantik

    BalasPadam
  2. Cantik tema warna tu. Cantik akak gubah :)

    BalasPadam
  3. wahh cantik gubahan nye kak..simple tapi sangat exclusive

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...wah !! cantik ada bakat menggubah hantaran ni...;)

    BalasPadam
  5. wah berbakat. and cantik. bila jer tangan ku nak berseni ni


    3 kisah semua wanita wajib baca

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com