Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 24 Ogos 2015

KBBA Bloggers Day Out @ Zoo Negara [part 1]

Assalamualaikum...(^ ^)

Akhirnya hari yang dinanti tiba jua. Semalam tercipta sejarah kemeriahan KBBA Bloggers Day Out @ Zoo Negara sempena meraikan hari lahir Giant Panda yang ke-9. Siap masuk dalam berita di Bernama Online dan akhbar Kosmo. Memang bangga Mas sebagai ahli Kelab Blogger Ben Ashaari.

Seawal jam 8.30 pagi kami dah sampai di Zoo Negara. Bila sebut pasal zoo dan nak tengok binatang, anak² sememangnya paling teruja dan seronok. Bukan anak je, mak ayah pun teruja jugak. Lagi² Airis, maklumlah pertama kali jejak kaki ke Zoo Negara. Seronok dia dapat tengok pelbagai jenis binatang, sambil mulut bising sebut nama binatang tu. Yang kelakarnya semua binatang dia sebut kuda dan lembu, hahahaa!



Selesai pendaftaran, kami diberi pas masuk sebagai blogger dan tetamu. Kami jugak diagihkan kepada 2 kumpulan iaitu Hornbill dan Tiger. Mas dan keluarga kumpulan Tiger. Kemudian kami diberi sedikit taklimat oleh pihak zoo tentang sejarah pembukaan Zoo Negara. Dahulunya ia dikenali sebagai Taman Haiwan Negara yang dibuka oleh Tunku Abdul Rahman.



Selesai taklimat seperti biasa aktiviti wajib iaitu family photo. Memang meriah tengok gambar ni sebab kami di KBBA memang satu keluarga.



Dah penat bergambar kami di bawa masuk untuk merasai sendiri pengalaman melihat haiwan² yang ditempatkan di Zoo Negara. Antaranya kami ke Taman Rama² dan melihat pelbagai jenis spesis beruk dan burung. Kami jugak ke Tunku Abdul Rahman Aquarium untuk melihat pelbagai jenis ikan.

Memang sangat teruja dapat tengok ikan yang besar² di samping anak² pun dapat ilmu pengetahuan tentang jenis² ikan yang ada di negara kita. Siapa kata pergi Zoo Negara setakat nak berseronok je, ilmu pun dapat tau!





Seterusnya kami dibawa pulak untuk melihat Multi Animal Show. Di sini memang sangat sangat seronok sebab dapat tengok pelbagai aksi haiwan yang sangat bijak. Antaranya Coco dan Ringgo si kakaktua serta Dombu dan Dombi si anjing laut. Cerdik betul haiwan² ni mematuhi arahan yang diberi oleh penjaga mereka. Boleh dijadikan contoh dan teladan yang baik sikap haiwan² ni. 




Habis pertunjukan semua pun dah penat dan lapar, nak jalan pun dah tak larat. Jadi kami dibawa menaiki tram untuk ke Wild Restaurant bagi menikmati juadah makan tengahari. Sambil makan hidangan yang sangat sedap, pihak zoo memberi hadiah cabutan bertuah kepada para blogger. Walaupun Mas tak bertuah tapi tumpang gembira tengok kawan² lain dapat hadiah. 

Kenyang perut suka hati! Terima kasih pihak Wild Restaurant atas hidangan yang lazat. Barulah boleh teruskan jalan² tengok pelbagai haiwan lagi. 


Apa yang kami alami selepas kenyang perut, nantikan Part 2. Tunggu!

15 ulasan:

  1. Terbaik..kite pun first time jgk g zoo negara...tp prgram ni best sgt..terbayang-bayang lg..hehe

    BalasPadam
  2. Seronok kan kak mas, tak terucap perasaan, yang best yer satu KBBA sangat enjoy semalam, dari pagi sampai ke petang perghhhhhhhhhhh last sekali tengok panda cuteeeeeeee! Cepat kak update part 2 heheheh...

    BalasPadam
  3. Best! Bangun pagi ni anak anak tanya kita nak pi zoo lagi kaa mama? Hehehe

    BalasPadam
  4. wah bestnya, ni bawa anak-anak jalan2 suka depa.

    BalasPadam
  5. Seronok slam kan berkumpul ramai2 dengan KBBA..dapat tgk Panda sekali..

    BalasPadam
  6. Hahahaha...seronok semalam kan..kak mas paling teruja..anak-anak relax je tengok semalam

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas....memang bestnya...

    BalasPadam
  8. separuh hari dah lenguh² kaki ..nasib baik la makan sedap lupa jap kepenatan..

    BalasPadam
  9. dah lama betul tak pergi zoo ni..

    BalasPadam
  10. terliur plak tgk burger tu hehehee

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com