Terkini dan Sensasi

Isnin, 24 Ogos 2015

KBBA Bloggers Day Out @ Zoo Negara [part 2]

Assalamualaikum...(^ ^)

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Jom pi tengok Panda Gergasi!


Keterujaan dan keseronokan kami diteruskan selepas perut dah kenyang. Lagi berkobar² bila pihak zoo kata "Kita menuju ke Giant Panda Conservation Centre (GPCC)". Yeayyy lompat bintang! Inilah saat yang ditunggu oleh anak², mak² dan bapak². Pertama kali nak tengok panda depan mata.

Melangkahlah kami dengan riang gembira ke GPCC. Tapi sebelum tu sempat singgah sekejap di Bee Museum. Dapatlah Mas merasa madu asli di sini, masam² manis rasa dia. Nyum² sedap! Tapi sebelum dibenarkan masuk ke GPCC kami ke Ape Centre untuk melihat spesis orang utan dan siamang. Mereka anak beranak ditempatkan di situ dan ada sejarah kelahiran mereka dicatat.



Salah seekor orang utan disitu, Sulong namanya. Tua dah kan?


Akhirnya setelah puas menunggu kami dibenarkan masuk ke GPCC. Sebelum dibawa turun ke tempat panda, kami diberi sedikit taklimat oleh pihak GPCC. Kami dibenarkan mengambil gambar tetapi tidak boleh ada flash dan tidak dibenarkan membuat bising kerana akan mengganggu mood panda.


Diperkenalkan The Giant Panda, Fu Wa. Kami hanya tengok Fu Wa sebab Feng Yi dan anaknya yang baru lahir masih dikuarantin selama 2 bulan. Lepas 2 bulan baru boleh datang tengok baby panda.



Semalam 23 Ogos adalah hari lahir Fu Wa dan Feng Yi yang ke 9 tahun. Dapatlah kami tengok pihak GPCC sediakan kek harijadi Fu Wa. Keknya terdiri dari kek buluh, epal, lobak merah dan semestinya makanan wajib panda iaitu buluh. Gigih kami tengok pihak GPCC sediakan kek buat Fu Wa. 


Tengoklah penuh khusyuk dan berselera dia makan. Tak hiraukan dah para pengunjung ambil gambar. Happy 9th Birthday Fu Wa!





Ini fakta mengenai Fu Wa dan Feng Yi yang boleh kita baca di GPCC. Boleh tambah ilmu pengetahuan!


Dah dapat tengok panda maka sempurnalah KBBA Bloggers Day Out @ Zoo Negara. Berjuta² terima kasih pada pihak zoo dan para penaja atas peluang yang sangat bermakna ini. Gambar kenangan di GPCC menunjukkan yang kami dari KBBA sangat seronok dan puashati. Kenangan manis ni pastinya terpahat di hati sanubari kami semua!




14 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...bestnya berjimba bersama2 di zoo negara..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...menarik n hepi semuanya...

    BalasPadam
  3. Mcm tak percayai je dpt tgk panda live yg comel tu

    BalasPadam
  4. Wow dpt tgok panda... Bestnya

    BalasPadam
  5. comel sangat panda ni..akhirnya dapat jugak tengok panda

    BalasPadam
  6. lama tunggu akhirnya xing xing keluar jgk.

    BalasPadam
  7. comel sgt kan panda tu..rasa mau jugak nak terjun gi peluk..hihih

    BalasPadam
  8. memang best dapat santai ramai-ramai.. lama dah tak jejak Zoo.. rasa teruja kot..

    BalasPadam
  9. meriah Zoo dengan geng KBBA ni..full house.. Seronoklah dapat tengok panda comel ni

    BalasPadam
  10. awat tak bawa balikmbuat peluk tido sedap wooo hahahhaha

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com