terkini dan sensasi

Selasa, 18 Ogos 2015

Menu selepas raya

Assalamualaikum...(^ ^)


Menu sarapan pagi ni.

Haaa baru nak insaf, masa raya lupa diri. Hari² ada jamuan kat pejabat dan hari minggu pulak rumah terbuka, jadi memang makan tak ingat. Lupa dah diet selama ni. Pipi pun dah tembam, naik penimbang ada penambahan berat badan. Ehhh jangan kata raya setahun sekali ye, rugi diet masa raya.

Jadi hari ni kita kembali ke pangkal jalan, amalkan semula makan secara sihat yang dah terpesong selama ni. Bukan Mas tak amalkan, tapi banyak benar terbabas. Tak kawal sangat pengambilan lemak, minyak, masin dan manis. Ada jugak belasah ikut dan je. Jadi bila lemak bertambah dan timbang berat naik, salahkan diri sendirilah jawabnya. Tapi penambahan berat takdelah secara drastik sebab Mas masih kawal makan masa raya, tertipu sikit² tu ada jugaklah!

Jadi jom ingat balik dan amal semula pemakanan diet seimbang dan sihat.

Sarapan pagi : 2 keping roti gandum, scramble egg dan baby tomato
Minum pagi (10 pagi) : Sebiji buah epal
Makan tengahari : Seekor ikan bakar, ulam-ulaman dan segenggam nasi
Minum petang : 10-15 biji kekacang
Makan malam : Fitness cereal dan segelas susu
Minuman : Air kosong 2 liter setiap hari dan 2 cawan teh hijau (waktu malam)

Haaa dah ada menu, jadi mari amalkan semula dan jaga pemakanan. Pastu jangan lupa senaman, 30 minit sehari dah memadai!

3 ulasan:

  1. Bgus2 diet... raya mmg ramai naik berat.haha

    BalasPadam
  2. menu raya takleh dielakkan..yang penting mulakan diet semula..hehe

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...bagus ni...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com