Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 10 Ogos 2015

Persahabatan

Assalamualaikum...(^ ^)


Kadang kita tak duga persahabatan satu yang sangat unik. Walau bertahun tak berjumpa tapi nilai persahabatan tu tak pernah hilang. Tetap utuh dan mesra seperti biasa, seolah hari² berjumpa.

Mas akui yang Mas takde sahabat karib atau sahabat rapat yang kemana saja berdua. Tapi Mas ramai sahabat yang tahu hargai erti persahabatan, sahabat yang tidak pernah buang kawan walaupun dah lama tak berjumpa dan dengar khabar berita. Syukur sangat!

Bukan susah kita nak berkawan dan mencari sahabat ni. Carilah sahabat yang tidak pernah lupakan kita, sentiasa ingat siapa kita dan sentiasa mengaku kita sahabat dia. Betul orang kata sahabat sejati adalah sahabat yang tak akan buang kita.


Semalam Mas berpeluang reunion dengan sahabat yang sama² belajar di UiTM dulu. Walaupun hampir 13 tak berjumpa tapi kemesraan tetap terjalin. Mereka tak pernah lupa siapa Mas dan tetap mesra seperti dahulu, sayang korang ketat²!

Terima kasih sudi terima Mas sebahagian dari reunion semalam. Sangat seronok dapat jumpa, dapat peluk cium, dapat borak² sakan, dapat gelak ketawa, dapat kongsi cerita, dapat makan sama² dan dapat bergambar sebagai kenangan


Sehingga berjumpa lagi!

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com