Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 16 Ogos 2015

Silahturrahim raya

Assalamualaikum...(^ ^)


Penutup Syawal semalam berakhir dengan kemeriahan dan kegembiraan. Rasanya Syawal tahun ni lebih bermakna bagi Mas. Dengan ukhwah dan persahabatan yang terjalin antara rakan² blogger KBBA, silahturrahim raya lebih erat. Sebelum ni tak pernah pergi beraya atau rumah terbuka mana² rumah sahabat blogger.

Semalam Kak Sue, sahabat blogger KBBA jemput Mas ke rumah terbuka. Memang meriah sangat. Dengan hidangan makanan yang sedap² buatkan Mas lupa diet kejap, hahahaa! Mana taknya kau, siap tambah nasi lagi. Ini semua gara² Tempoyak Udang Petai Kak Laila, memang dia bertanggungjawab atas penambahan nasi tu.


Paling syok ada air kedondong asam boi dan air kelapa laut. Perghhh gila sedap kooo! Maklumlah taukeh air kan, haruslah sediakan air ni. Rasa nak angkut tong air bawak balik. 

Lagi satu yang paling seronok, Kak Sue gigih buat photobooth. Siap ada candy dan props lagi. Apa lagi mama² vogue KBBA yang gila selfie ni berbakul² ambik gambar, macam² posing gitu! 






Terima kasih Kak Sue dah kawan² semua, seronok dapat kongsi kegembiraan ni. Sayang korang!

2 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com