Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 21 Ogos 2015

Tiket percuma sempena birthday Panda

Assalamualaikum...(^ ^)

Pernah tengok Panda secara live tak?

Mas tak pernah tengok lagi, jadi sangat teruja dan tak sabar nak tunggu Ahad ni. Anak² lagilah seronok, hari² tanya bila nak pergi. 


Sempena menyambut birthday Panda yang ke-9, pihak Zoo Negara menawarkan tiket percuma kepada pengunjung yang lahir pada 23 Ogos 2015 dan kepada kanak² berumur 12 tahun ke bawah. Pastu boleh dapat 10% diskaun bila membeli tiket secara online bagi pakej 2 dewasa dan 1 kanak².  

Promosi tidak termasuk tiket ke Giant Panda Conservation Centre. Harga tiket GPCC ialah RM22 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak².

Wow sangat menarik! Bukan senang nak dapat peluang camni, jadi apa tunggu lagi. Kalau nak tengok pelbagai jenis haiwan dan Panda yang comel depan mata kita, cepat² tempah tiket. 

Tiket masuk boleh dibeli secara online di www.zoonegaramalaysia.com. Tempah sekurang² nya 2 hari sebelum, hari ni sempat lagi tau. 

Jumpa di Zoo Negara Ahad ini wahai Panda comel!

5 ulasan:

  1. siaplan budak - budak yang pergi tengok panda nanti,,.,,,,hahahaa

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...bestnya...:)

    BalasPadam
  3. teringin nak tengok panda comel ni

    BalasPadam
  4. Wahh bestnye dapat tgk panda live....mesti sangatttt cute kannn

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com