Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 4 September 2015

Cerita bergambar [9]

Assalamualaikum...(^ ^)

Syoknya dok kat kampung ni, macam² ada dan macam² boleh buat. Nanti Mas cerita kat blog betapa seronoknya di kampung.

Sekarang Mas nak kongsikan cerita bergambar versi throwback. Seronok bila mengimbas kembali kenangan dedulu kan. Kalaulah masa boleh diputarkan!

1. Kad nama yang digilai masa zaman Mas remaja. Kalau kat sekolah, siapa yang takde kad ni dikira tak popularlah. Jadi gigih pergi tempah sebab nak ada kad ni. Pastu boleh tukar² dengan kawan² atau bagi kat abang angkat ke. Hahahaa, kelakarlah bila kenang semula!



2. Alalalaa comel je adik bongsu Mas. Masa ni tahun 2002 dan umur dia baru 14 tahun. Sekarang dah jadi suami orang. Pantasnya masa berlalu.



3. Kesan peninggalan lesung kaki arwah mak. Ingat lagi masa zaman sekolah dulu terutama bila bulan puasa, mesti kena kerah menumbuk tepung pulut dan tepung kacang. Arwah mak meniaga, jadi kalau bulan puasa dia akan jual tepung tumbuk. Memang berebut orang beli. Manisnya kenangan tu!




4. Kenangan gambar 1 keluarga masa pergi konvokesyen abang Mas di Penang. Masa ni semua masih dara dan bujang lagi, hehehee! Masa ni husband Mas pun ada sekali, kitaorang masih pakwe makwe. Tapi mak abah dah restu hubungan kami.



5. Weeeee ni gambar paling sentimental value, gambar zaman sekolah. Masa ni tingkatan 5. Setiap tahun mesti ada gambar camni sebab nak masukkan gambar dalam majalah sekolah. Cuba cari mana satu Mas, hehehee! 


3 ulasan:

  1. wahh lama sangat ni kak..xdpt nak cari akak yg mana gambar last tu sebab kecik sangat dan kabur gambarnya

    BalasPadam
  2. wah kenangan mengusik jiwa namanya nie..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas....memang sentimental value ni...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com