mrs secretary

Selasa, 15 September 2015

Cosmoderm Magic Body Lotion

Assalamualaikum...(^ ^)

Satu lagi produk Cosmoderm yang dah buat Mas jatuh cinta. Peneman setia Mas kemana saja! 


Magic Body Lotion
Ia multi purpose, boleh digunakan di seluruh badan jika ada masalah kulit. Ia akan membantu merawat jerawat badan, ruam, jangkitan kulat dan bakteria serta sunburn. Pastu ia bertindak sebagai deodoran untuk mencegah bau badan supaya lebih segar dan nyaman sepanjang hari. 

Teksturnya memang halus dan lembut, jadi memang sesuai untuk semua jenis kulit. Bila disapu pada kulit ia tak melekit dan rasa berangin je. Bau pun wangi!


Macam Mas akan sentiasa bawak bila pergi kerja sebab di pejabat Mas akan berada dalam bilik hawa dingin 7-8 jam setiap hari dan kulit mudah rasa kering. Jadi Mas amalkan sapu losyen ni, kulit pun rasa lembut dan lembab je. Kalau nak keluar kemana² pun mesti bawak jugak. Mana tau kalau jalan² ke tempat yang panas, jadi kulit akan rasa tak selesa dan berbau. Dengan losyen ni semua masalah kulit dapat diselesaikan secepat mungkin.


Sebelum tidur pun wajib sapu kat tangan dan kaki bagi hindarkan digigit nyamuk. Barulah dapat tidur lena kan? Kalau ada kesan digigit nyamuk pun boleh sapu, nanti rasa gatal tu akan cepat hilang. 

Maka memang wajiblah ia ada di pejabat, di rumah dan di dalam handbag. Nak beli senang je, secara online di www.cosmoderm.com.my. Harga memang murah, hanya RM21.90 untuk tiub 125ml. Berbaloi sangat dan yang penting semua produk Cosmoderm dijamin halal.

Dapatkan satu tau!


3 ulasan:

  1. Saya pun guna juga magic nie..memang magic lah

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...best juga ni mcm nak try jer...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com