Terkini dan Sensasi

Jumaat, 11 September 2015

Cosmoderm Perfect Sunscreen & Flawless Foundation

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebagai wanita yang berkulit hitam manis Mas perlukan sunscreen yang boleh lindungi kulit Mas dari sinaran matahari. Kalau tak dijaga nanti kulit yang gelap ni bertambah gelap.

Pastu sebagai seorang PA, Mas mesti nak kulit sentiasa nampak berseri dan cantik gitu. Maklumlah PA ni kan imej kepada ketua, jadi kena jaga penampilan wajah supaya sentiasa sedap mata memandang, cewahhh!

Sebelum ni memang Mas tercari² sunscreen dan foundation yang betul² bagus dan sesuai dengan kulit Mas. Sebab sesetengah sunscreen tu bila pakai ia rasa melekit di kulit dan foundation pulak nampak tak sekata bila dipakai. Tapi sekarang Mas dah jumpa produk yang terbaik untuk dipakai. Pertama kali cuba terus jatuh cinta kau! 


Cosmoderm Perfect Sunscreen & Flawless Foundation
Inilah dia teman kulit Mas sekarang. 2 dalam satu, suncreen dan foundation. Produk ni ada 4 jenis warna, yang Mas pakai ni warna Nude. Teksturnya sangat lembut dan ringan serta tidak melekit. Bila pakai kat kulit muka ia nampak sekata dan natural. Flawless gitu!



Nak pakai pun senang, hanya sapu di wajah dan ratakan. Kemudian bolehlah pakai bedak dan mekap seperti biasa. Macam Mas kalau nak keluar pergi pasaraya atau makan diluar hanya pakai produk ni pastu sapu bedak dan pakai lipstik. Kulit dah nampak cantik dan segar!


Jadi kalau terberkenan dan nak kulit cantik dan flawless bolehlah cuba guna. Harganya berpatutan, hanya RM29.90 untuk tiub 30ml. Yang paling penting dijamin halal tau! Hanya beli online di www.cosmoderm.com.my.

4 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...macam nak cuba produk ni la...

    BalasPadam
  2. yg ni mmg best! skarang mmg tiap hari pakai bila nak kluar rumah

    BalasPadam
  3. banyak jugak produk dari cosmoderm ni.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com