Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 14 September 2015

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari [part 1]

Assalamualaikum...(^ ^)

Seronok, gempak, meriah dan kebabom Family KBBA tahun ni. Mas akan cerita 2 part supaya kawan² lebih seronok dan teruja nak baca. Jom baca part 1.


11-13 September 2015 tercipta satu lagi kenangan manis dalam hidup Mas bersama keluarga KBBA. Sukar nak gambar keterujaan bila dipilih menyertai Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari yang diadakan di Hulu Langat. Lagi teruja bila ianya ditaja sepenuhnya oleh pihak Cosmoderm. Terima kasih Cosmoderm kerana berikan kepercayaan kepada Kelab Blogger Ben Ashaari.

11 September : Hari Pertama
Pendaftaran bermula jam 3 petang dan kami diberi kunci bilik masing². Mas pergi solo kali ni jadi dapatlah bilik bujang bersama 4 orang lagi rakan blogger. Semasa pendaftaran memang wajib dapat goodies bag dari Cosmoderm, dapat Shower Gel dan Magic Body Lotion. Suka sangat sebab Mas memang dah jatuh cinta dengan produk² Cosmoderm.




Selesai pendaftaran kami ke bilik masing² untuk bersiap bagi aktiviti seterusnya pada sebelah malam. Tepat jam 8.30 malam bermula acara pertandingan karaoke yang sememangnya dinantikan oleh semua. Tak sangka ramai rakan blogger yang berbakat menyanyi, sedap² suara diaorang. Memang terhibur sangat! Balik bilik tidur senyum puas hati dan tak sabar nak tunggu untuk aktiviti esok hari.

12 September : Hari Kedua
Seawal 7 pagi Mas dah terpacak nak sarapan sebab tak sabar nak lakukan aktiviti yang paling dinanti. Selesai sarapan kami poco² dan chicken dance dulu. Seronok sangat sebab semuanya sporting! Seterusnya aktiviti yang dinanti iaitu Flying Fox. Mas teruja sangat sebab ini pertama kali nak cuba, berdebar pun ada. Tapi nak cabar diri untuk cuba sebab dah lama teringin nak naik Flying Fox. 

Yeayyy berjaya jugak Mas naik Flying Fox. Tengok video ni betapa teruja dan seronoknya. Satu pengalaman yang paling berharga!

Sebelah petang pulak ada aktiviti sukan rakyat. Sebelum acara bermula kami bergambar ikut rumah sukan masing², Mas rumah Purple. Sukan rakyat ada 2 kategori iaitu air dan darat. Kami mulakan dengan kategori darat dengan acara terompah gergasi, kepit bola, pancing tin dan boling kelapa. Kumpulan Mas johan acara terompah gergasi.




Habis di darat kami ke kategori air pulak. Salah satu acara ialah penuhkan air dalam tiang berlubang bagi dapatkan bola ping pong. Acara ni perlukan strategi dan kerjasama setiap ahli pasukan. Atas kerja kumpulan yang hebat kami berjaya penuhkan air dan dapat keluarkan bola ping pong dalam masa 42 saat. Jadi kumpulan purple sekali lagi juara! Selain tu ada acara wrestling titi dan tarik tali dalam air. Semua acara seronok dan kelakar. Senak perut asyik gelak, memang blogger KKBA sporting habis.



Dah penat bersukan tak sabar pulak nak tunggu malam Gala Dinner dan apa pulak aktiviti hari terakhir. Nanti Mas cerita dalam part 2 ye, tunggu tau!

Nak tengok gambar² menarik sekitar Family Day KBBA dari photograper rasmi iaitu Kaio Studio boleh tengok di instagram KBBA.

9 ulasan:

  1. haih lah laki aku dah kenapa bergayut dekat situ! HHAHHAHAHHAA

    BalasPadam
  2. tu laaa .. best kan kakkk !!!!!
    baru sehari , dah rinduuuuu semua orang ... nanti ada event macam ni lagi ,, akak join jugaakk tauu :D hehehe

    BalasPadam
  3. hai geng bukit !! hihi. rindu giler nk dgr kak mas ketawa! huhu

    BalasPadam
  4. seronoknya!


    enA tag awak sini http://www.aeinnamusa.com/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...nampak semuanya hepi jer sbb dpt jumpa semua blogger...:)

    BalasPadam
  6. seronok ada family day macam ni..dapat jumpa family besar gitu :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com