terkini dan sensasi

Isnin, 14 September 2015

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari [part 2]

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas sambung part 2 ye, jemput baca dengan penuh khusyuk!


Baru sehari berlalu tapi masih terkenang keseronokan dan kemeriahan Family Day KBBA. Semasa sukaneka memang semuanya sporting habis. Terserlah kembali perangai kebudak-budakan saat bertanding, hahahaa! Tapi tetap rasa puas dapat bersukaria dalam satu keluarga. 

Dah penat terjerit pekik, gelak ketawa dan basah kuyup dalam sukan rakyat kami habiskan masa petang sambil mandi manda. Sebelah malam ada Gala Dinner. Masa itulah diumumkan keputusan pemenang pertandingan karaoke, keputusan sukan rakyat dan ada jugak cabutan bertuah. Yang paling tak sabar nak tunggu keputusan pemenang selfie paling kreatif bersama produk Cosmoderm. Yang paling seronok pasukan purple jadi Juara sukan rakyat dan Mas dapat cabutan bertuah. Tahniah jugak pada semua para pemenang!



Hadiah pada malam tu memang cukup lumayan dan ditaja oleh para penaja yang sangat murah hati. Terima kasih pada penaja utama Cosmoderm kerana menaja pelbagai jenis hadiah yang lumayan. Terima kasih jugak pada para penaja lain seperti AJC District, Buku PTS, Karya Seni, Team Umie Official dan Az Zuha Travel Tours, penaja t-shirt khas untuk Family Day KBBA. Jasa anda semua kami kenang sampai bila².

13 September : Hari Ketiga
Tiba dah hari terakhir. Sebelah pagi dimulakan dengan zumba yang sangat havoc dan jungle trekking ke Air Terjun Sungai Semungkis. Syok dapat lihat keindahan alam semulajadi dan mandi manda. Dah penat kami balik ke resort dan siap sedia untuk pulang.



Alhamdulillah, berakhir dengan jayanya Family Day KBBA. Terima kasih tak terhingga pada semua AJK yang bertungkus lumus bagi ianya nampak sempurna. Segala kekurangan tu kita memang tak boleh elak tapi yang penting kita dah kongsi kegembiraan, keseronokan dan pengalaman yang manis. Kita keluarga dan kita Bukan Sekadar Blogger!


Nak tengok banyak lagi gambar² menarik sekitar Family Day KBBA dari photograper rasmi iaitu Kaio Studio boleh tengok di instagram KBBA.

4 ulasan:

  1. sangat best kan.. tambaha main air terjun tu..perggg sejukkk

    BalasPadam
  2. akakk....nextime program kalau akak handle buat flying fox lg tau..hahahaa

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...wah mmg bestnya..:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com