Assalamualaikum...(^ ^)
Hampir seminggu Family Day KBBA berlalu, namun kenangan dan memori manis itu tetap terpahat di ingatan. Demi memastikan segala yang indah itu dapat diabadikan, KBBA telah memilih Kaio Studio sebagai jurugambar rasmi kami untuk event tersebut. Khidmat mereka memang tip top, mari Mas cerita mengenai Kaio Studio.
Kaio Studio
Khairul Anwar Abdullah, itulah nama di sebalik panggilan Kaio oleh rakan² beliau. Karier beliau bermula sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Banyak pengalaman beliau menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia sehingga menjadi pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.
Namun kerana minat dalam bidang photography dan videography, beliau telah menubuhkan Kaio Studio bermula tahun 2012. Hanya bermula dengan permintaan shoot video dan photo secara suka² seperti muzik video, filem pendek dan majlis perkahwinan kini Kaio Studio telah melebarkan sayap ke serata Malaysia dan luar negara. Antaranya beliau ke Paris dan Cairo, Mesir bagi tugasan videography bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.
Selain itu Kaio jugak pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai "Iron Lady".
Kaio tidak hanya berkecimpung dalam bidang fesyen dan korporat tetapi jugak meminati industri pelancongan. Beliau telah berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika pelancaran "Discover Thainess 2015" di Bangkok bersama Majalah Asia Horizon. Ini dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. Link video Discover Thainess 2015 Teaser!
Bukan itu saja, Kaio jugak terlibat dengan acara² pertunjukan fesyen dan persembahan artis tersohor tanahair seperti Dato' Siti Nurhaliza.
Dek kerana pencapaian yang sangat memberangsangkan Kaio tidak mampu lagi bergerak secara solo. Beliau telah menyerap photographer dan videographer yang berpengalaman sebagai ahli pasukan Kaio Studio. Bakat beliau jugak telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography bagi beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas anjuran SNAP.
Kaio Studio jugak kini giat melatih perintis² baru photographer dan videographer melalui kelas² yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer, Nasrullah Napi.
kelas photographer dan videographer
Antara pencapaian terbaik Kaio Studio apabila pengasasnya, Anwar Abdullah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia! Link video TOP 5 Most Glam Fashion Videographer. Berikut pulak adalah antara pencapaian Kaio Studio:
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris
2. Mothers Day Miracle Night with Dato' Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show MITC Melaka
4. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
5. Pure Lens by Mawar Rashid
Ini hanyalah sebahagian, banyak lagi kalau Mas nak senaraikan. Jadi kalau nak tahu dan tengok semua pencapaian terbaik mereka boleh ke:
Website: www.kaiostudio.com
Instagram: @kaiostudio
Facebook: Kaio Studio
Twitter: @kaiostudio
Youtube: kaiostudiotv
Blog dan Instagram peribadi pemilik Kaio: www.kaio.my & @kaio_my
Oleh kerana Kaio jugak merupakan seorang blogger maka sebab itulah beliau sudi bekerjsama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari untuk menjayakan Family Day KBBA. Gambar² dan video sepanjang event itu memang menarik dan mengambarkan kemeriahan dan kegembiraan keluarga KBBA. Tengok sajalah gambar² ni, betapa ianya terlalu indah dan seronok. Lagi gambar boleh tengok di www.instagram.com/kelabbloggerbenashaari
Sejujurnya Mas memang berpuashati dengan khidmat Kaio Studio dan rasanya semua ahli KBBA pun berpuashati. Memang tak rugi memilih khidmat mereka. Jika kawan² nak abadikan memori terindah untuk apa jua majlis dan event jangan teragak² untuk memilih Kaio Studio. Pasti berpuashati dan berbaloi untuk wang ringgit anda.
Silalah jamu mata dengan video Family Day KBBA yang kebabom!
terbaik hasil kerjanya, Farah pun suka tengok...
BalasPadamtq Kaio studio utk gmbr2 FamilyDay KBBA yg Superbbb.... Nice entri
BalasPadamWahh best ni leh tmpah tuk kawen
BalasPadamterbaiklaa semua gambar..lagi-lagi video dia.
BalasPadamThorbaekkk
BalasPadamWow mmg best laaa Kaio Studio..kebababoommmm
BalasPadamnape tak tepek gmbq besaq2 mcm belog lyssa kak ? haha :D wee weee
BalasPadamPics n video kaio terbaik!
BalasPadamCantik lah..
BalasPadamperhh.. cantik betull
BalasPadamKULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP
Yaya pub puas hati sangat hasol kerja dorang...hehehe..
BalasPadamBest layan video kaio ni
BalasPadamSuka tgk video tu
BalasPadamcantik semua gambar :)
BalasPadam