Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 18 September 2015

KAIO STUDIO : Jurugambar rasmi Family Day KBBA

Assalamualaikum...(^ ^)

Hampir seminggu Family Day KBBA berlalu, namun kenangan dan memori manis itu tetap terpahat di ingatan. Demi memastikan segala yang indah itu dapat diabadikan, KBBA telah memilih Kaio Studio sebagai jurugambar rasmi kami untuk event tersebut. Khidmat mereka memang tip top, mari Mas cerita mengenai Kaio Studio.


Kaio Studio
Khairul Anwar Abdullah, itulah nama di sebalik panggilan Kaio oleh rakan² beliau. Karier beliau bermula sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Banyak pengalaman beliau menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia sehingga menjadi pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.

Namun kerana minat dalam bidang photography dan videography, beliau telah menubuhkan Kaio Studio bermula tahun 2012. Hanya bermula dengan permintaan shoot video dan photo secara suka² seperti muzik video, filem pendek dan majlis perkahwinan kini Kaio Studio telah melebarkan sayap ke serata Malaysia dan luar negara. Antaranya beliau ke Paris dan Cairo, Mesir bagi tugasan videography bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi. 

Selain itu Kaio jugak pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai "Iron Lady".

videography di Cairo

bersama Melinda Looi

bersama Iron Lady

Kaio tidak hanya berkecimpung dalam bidang fesyen dan korporat tetapi jugak meminati industri pelancongan. Beliau telah berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika pelancaran "Discover Thainess 2015" di Bangkok bersama Majalah Asia Horizon. Ini dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand. Link video Discover Thainess 2015 Teaser!

Bukan itu saja, Kaio jugak terlibat dengan acara² pertunjukan fesyen dan persembahan artis tersohor tanahair seperti Dato' Siti Nurhaliza. 

liputan video di Thailand

bersama Dato' Siti Nurhaliza

Dek kerana pencapaian yang sangat memberangsangkan Kaio tidak mampu lagi bergerak secara solo. Beliau telah menyerap photographer dan videographer yang berpengalaman sebagai ahli pasukan Kaio Studio. Bakat beliau jugak telah menarik minat Saiful Nang Academy of Photography bagi beliau mencurahkan ilmu videography di dalam kelas anjuran SNAP.

Kaio Studio jugak kini giat melatih perintis² baru photographer dan videographer melalui kelas² yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio serta rakan videographer, Nasrullah Napi. 

kelas anjuran Saiful Nang Academy

 kelas photographer dan videographer

Antara pencapaian terbaik Kaio Studio apabila pengasasnya, Anwar Abdullah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia! Link video TOP 5 Most Glam Fashion Videographer. Berikut pulak adalah antara pencapaian Kaio Studio:
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris
2. Mothers Day Miracle Night with Dato' Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show MITC Melaka
4. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
5. Pure Lens by Mawar Rashid

Ini hanyalah sebahagian, banyak lagi kalau Mas nak senaraikan. Jadi kalau nak tahu dan tengok semua pencapaian terbaik mereka boleh ke: 
Instagram: @kaiostudio
Facebook: Kaio Studio
Twitter: @kaiostudio
Youtube: kaiostudiotv
Blog dan Instagram peribadi pemilik Kaio: www.kaio.my & @kaio_my

Oleh kerana Kaio jugak merupakan seorang blogger maka sebab itulah beliau sudi bekerjsama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari untuk menjayakan Family Day KBBA. Gambar² dan video sepanjang event itu memang menarik dan mengambarkan kemeriahan dan kegembiraan keluarga KBBA. Tengok sajalah gambar² ni, betapa ianya terlalu indah dan seronok. Lagi gambar boleh tengok di www.instagram.com/kelabbloggerbenashaari






Sejujurnya Mas memang berpuashati dengan khidmat Kaio Studio dan rasanya semua ahli KBBA pun berpuashati. Memang tak rugi memilih khidmat mereka. Jika kawan² nak abadikan memori terindah untuk apa jua majlis dan event jangan teragak² untuk memilih Kaio Studio. Pasti berpuashati dan berbaloi untuk wang ringgit anda.

Silalah jamu mata dengan video Family Day KBBA yang kebabom!


terima kasih team Kaio Studio

14 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com