Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 1 September 2015

Perkahwinan Ijan & Hani : Akad nikah

Assalamualaikum...(^ ^)


29 Ogos 2015, selamat adik Mas diijabkabulkan dengan isteri tersayang. Sebak rasa hati sebab adik bongsu dah kahwin, jadi laki orang dah kau dik!

Majlis akad nikah dimulakan selepas solat Zohor. Alhamdulillah, semua adik beradik Mas ada di majlis ini. Oleh kerana mak abah dah takde, kami 7 beradik yang bertungkus lumus untuk persiapan perkahwinan adik. Majlis di pihak lelaki memang kami tak buat, jadi jemput saudara mara dan sahabat handai di majlis belah perempuan je. Memang meriah!


Lafaz kali ketiga barulah adik Mas sah menjadi suami. Bila saksi dan tok kadi sebut perkataan sah, tak semena² airmata bergenang. Sebak ko! Kalau mak abah masih ada, pasti mereka orang yang paling gembira. Maklumlah anak bongsu mereka dah bergelar suami. "Mak abah, anak kesayangan mak abah dah jadi suami orang, Insya Allah dia akan jadi suami yang baik."

Selamat Pengantin Baru Ijan dan Hani. Moga ikatan yang dibina kekal hingga hujung nyawa, amin!

Masa untuk tengok gambar sekitar majlis akad nikah.
























2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..bertambah ahli keluarga kak Mas :)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...alhamdullilah selesai juga majlis akad nikah...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com