Assalamualaikum...(^ ^)
Mas memang jarang ke Shah Alam, tapi kalau sesekali jalan² ke sana pasti Mas akan cari tempat makan yang menarik. Dah sampai ke sana, mesti nak makan di restoran yang makanannya sedap, tempatnya selesa, ada kemudahan wifi percuma, tempat letak kereta yang luas dan berbaloi untuk wang ringgit. Jadi semalam Mas ke Shah Alam dan dah jumpa restoran yang punyai ciri² di atas.
Restoran Hot Pindang Kitchen
Terletak di Seksyen 10 Shah Alam, restoran ini menyediakan sajian masakan panas untuk menu makan tengahari dan malam. Tarikan utama di restoran ini adalah masakan pindang panas², bila pelanggan order baru dimasak. Ini untuk pastikan hidangan sentiasa segar dan enak. Antara ikan masak pindang yang disediakan ialah jenis selar, kembung, senangin dan tenggiri. Bahan untuk memasaknya sangat mudah tapi rasanya sangat lazat dan enak. Makan dengan nasi panas, memang licin sepinggan!
Selain masakan pindang, ada jugak menu² lain yang bisa membuatkan perut Mas gembira kekenyangan. Pastinya semua menu dimasak panas² tau! Selepas kita order baru mereka masak, jadi kualiti dan keenakan makanan itu memang terjamin. Inilah antara menu²nya.
menu terlaris ni, Special Hot Pindang
menu terlaris jugak, Set Asam Pedas Ikan Pari
Nasi Ayam
Set Ikan Keli + Nasi Putih
Daging Salai Lemak
Daging Asam Pedas
Jadi kalau datang ke Shah Alam, Mas memang syorkan cuba makan di sini. Pasal tempat letak kereta jangan risau, memang luas dan selesa. Lokasi restoran pun sangat strategik. Ini sedikit maklumat mengenai restoran ini:
Alamat:
Restoran Hot Pindang Kitchen
Restoran Hot Pindang Kitchen
No. 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11
Seksyen 10, Shah Alam, Selangor
(berhampiran dengan Azira & Hatini Restoran)
No. Tel : 03-55231259 / 012-2043773
(berhampiran dengan Azira & Hatini Restoran)
No. Tel : 03-55231259 / 012-2043773
Waktu Operasi:
11 pagi hingga 11 malam
11 pagi hingga 11 malam
Facebook: Hot Pindang Kitchen
Instagram: @hotpindangkitchen
Bersama pemilik Restoran Hot Pindang Kitchen, Puan Norhana Abu Bakar.
kelas ko.. siap posing dgn pemilik restoran. Baru betul JJCM
BalasPadamnmpk sedap makanan dekat sini ^^
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMacam best je menu2 kat sini
BalasPadamassalamualaikum mas...best jer tengok menu yg ada tu...:)
BalasPadamnampak sedap!!
BalasPadamkene cuba
BalasPadamada lagi menu yg belum sempat nak rasa..harus ke sana lagi ... yeah Hot Pindang Kitchcen makan minum sedap semuanya !
BalasPadamsedapnya! terliur tengok makanan..air pun nampak sedap..Shah Alam banyak tempat makan sedap kan. kalau nak rasa semua dalam sehari memang tak dapat
BalasPadam