Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 17 September 2015

Restoran Hot Pindang Kitchen

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang jarang ke Shah Alam, tapi kalau sesekali jalan² ke sana pasti Mas akan cari tempat makan yang menarik. Dah sampai ke sana, mesti nak makan di restoran yang makanannya sedap, tempatnya selesa, ada kemudahan wifi percuma, tempat letak kereta yang luas dan berbaloi untuk wang ringgit. Jadi semalam Mas ke Shah Alam dan dah jumpa restoran yang punyai ciri² di atas. 


Restoran Hot Pindang Kitchen
Terletak di Seksyen 10 Shah Alam, restoran ini menyediakan sajian masakan panas untuk menu makan tengahari dan malam. Tarikan utama di restoran ini adalah masakan pindang panas², bila pelanggan order baru dimasak. Ini untuk pastikan hidangan sentiasa segar dan enak. Antara ikan masak pindang yang disediakan ialah jenis selar, kembung, senangin dan tenggiri. Bahan untuk memasaknya sangat mudah tapi rasanya sangat lazat dan enak. Makan dengan nasi panas, memang licin sepinggan!



Selain masakan pindang, ada jugak menu² lain yang bisa membuatkan perut Mas gembira kekenyangan. Pastinya semua menu dimasak panas² tau! Selepas kita order baru mereka masak, jadi kualiti dan keenakan makanan itu memang terjamin. Inilah antara menu²nya.

menu terlaris ni, Special Hot Pindang

menu terlaris jugak, Set Asam Pedas Ikan Pari

Nasi Ayam

Set Ikan Keli + Nasi Putih

Daging Salai Lemak

Daging Asam Pedas



Di restoran ini jugak disediakan kemudahan wifi percuma untuk para pelanggan. Memang sesuai sangat dengan Mas sebagai seorang blogger, lepas order mesti nak ambik gambar. Pastu haruslah kongsi di media sosial, jadi dengan ada kemudahan wifi ia sangat memudahkan. Ruang dalam restoran pun selesa dan bersih. Tengok siap ada sijil bersih kategori A dari MBSA.


Jadi kalau datang ke Shah Alam, Mas memang syorkan cuba makan di sini. Pasal tempat letak kereta jangan risau, memang luas dan selesa. Lokasi restoran pun sangat strategik. Ini sedikit maklumat mengenai restoran ini:

Alamat:
Restoran Hot Pindang Kitchen
No. 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11
Seksyen 10, Shah Alam, Selangor
(berhampiran dengan Azira & Hatini Restoran)
No. Tel : 03-55231259 / 012-2043773

Waktu Operasi:
11 pagi hingga 11 malam

Instagram: @hotpindangkitchen

Bersama pemilik Restoran Hot Pindang Kitchen, Puan Norhana Abu Bakar.



9 ulasan:

  1. kelas ko.. siap posing dgn pemilik restoran. Baru betul JJCM

    BalasPadam
  2. nmpk sedap makanan dekat sini ^^

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...best jer tengok menu yg ada tu...:)

    BalasPadam
  5. ada lagi menu yg belum sempat nak rasa..harus ke sana lagi ... yeah Hot Pindang Kitchcen makan minum sedap semuanya !

    BalasPadam
  6. sedapnya! terliur tengok makanan..air pun nampak sedap..Shah Alam banyak tempat makan sedap kan. kalau nak rasa semua dalam sehari memang tak dapat

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com